Wednesday, December 24, 2008

cawan yang cantik :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "kau betul, inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat," ujar datuk.

Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yg dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. Namun, suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. "Stop!Stop!" aku berteriak. tetapi orang itu berkata, “Belum!”. Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

"Stop!Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api.

"Panas!Panas!" teriakku dengan kuat. 'Stop!Cukup!' teriakku lagi. Tetapi orang ini berkata "Belum". Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sejuk. aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop!Stop!", aku berteriak. Wanita itu berkata, "Belum!". lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ida memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas daripada sebelumnya. "Tolong, hentikan penyiksaan ini!," sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala ku lihat diriku.

Wednesday, December 17, 2008

bonda

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bonda. ibu. emak. ummi. mama. mak. mek. semuanya memberikan maksud yang sama. itulah antara panggilan yang biasa diberikan kepada seorang insan yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. terlalu banyak jasanya kepada kita.

sedang saya asyik mengemaskinikan kotak e-mail tadi, saya terjumpa lirik lagu ini. dulu, lagu ini selalu dimainkan ketika program motivasi di sekolah saya. time tu rasa teramat sayu, bila kita betul-betul menghayati setiap patah perkataan yang digunakan dalam lagu ini. sungguh menusuk kalbu. siapa suka lagu ini, angkat tangan!
^_^


Judul : Jasa Bonda
Munsyid : Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

tag daripada auriss haira~~

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini saya nak siapkan esaimen daripada cik ainul arina nun jauh di sana. hehe :) maaf ye ainul, baru nak buat. jenuh mencari gambar. saya jawab campur2 ni. ada dala
m BI, ada dalam BM. ok, mari baca.

a) Do you think you are hot?
oh tidak..nak terketaq dah ni. Sejuk. Aman suka buka kipas walaupun hujan. :)

b) Upload your favourite picture of you.
wah, soalan killer nih. haha. ok, sat ye.


c) Why do you like that picture?
the complete 4 of us. The only malay & muslim students for my batch. This is because my batch only has 11 persons. Unique, right? *peace*

d) When is your last time you ate Pizza?
wah, lama dah tu. Sebelum final exam yang lepas. Bersama akma, temankan cik norashikin jumpa pelanggan dia. Haila. sekarang anas ajak nak pi makan Pizza kat KB plak.

e) The last song you listen to?
ape ye? Erm.. zamilooni by native deen.. ;)


f) What are you doing right now beside this?

surfing internet. Kemaskinikan kotak e-mail. Makan biskut kacang. Haa! Kacang, banyak faedahnya tau!

g) What name would you prefer beside yours?
nama saya dah cun dah. Terima kasih ummi dan abi, sebab letak nama ni. Saya suka. Pada mulanya susah nak jumpa orang yang sama nama dengan saya. Bila masuk sekolah menengah, dah mula ada dah. Nama dia nuha bt awang. dan sekarang,ramai dah saya jumpa orang nama nuha. Ainul pun cakap junior dia ada nama nuha. Wah, saya ada kembar kat Jordan! hehe :) dan, nama bunga2 jugak saya suka..


h) People I tag..
jom kita tengok giliran siapa pulak lepas ni. .
1.Nadiah
2.Syu
3.Ummu

4.Akma
5.Safiyyah

i) who is number one?

adik kecik. Haha~ dak aih, seorang teman. :). nadiah, nak tag awak jugak. buatla bila ada kelapangan ya.


j) Number 3 is having relationship with?

jeng jeng jeng, ramai tau orang yang bertuah itu. antaranya syu, fatin, najwa dan sya. Ni la dia best friends ummu kat sini, kan kan?


k) Say something about no 5
dentist-to-be. insyaAllah. Seorang yang berjiwa seni. Sekali dia tulis sajak, fuuuh..terpana seketika!!


l) How about number 4?
Kawan dari usm. Kenal time majlis graduasi usm tahun 2006. pada mulanya, kawan kepada kawan saya..
p/s: kema, ini esaimen awak untuk semester depan ye. hihi.


m) Who is number 2?

nama dia nurul syuhaida. Dia belajar di salah satu IPTS kat penang. Sekarang tahun dua., nak masuk semester dua. Nice and happy-go-lucky is my impression to her. Hai, syu.. jangan terbang tinggi2 naa.. :) oh syu, tag kamu nanti saya buat di sana ya!
Smile

Sunday, December 7, 2008

salam aidil adha 1429H




:: salam 'idul adha kepada semua!
:: selamat menghayati erti pengorbanan.. :)

********************

nota --> di sini ada sedikit info tentang khasiat daging kambing : terapi kambing

Tuesday, December 2, 2008

train the brain~ =)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


pernah buat test ni tak?

jom buat..ia menarik! ^^

arahan : sila lihat dan sebutkan WARNA yang berada pada perkataan tersebut..

senang tak? siapa kata ya, angkat tangan! :)
ini adalah salah satu konflik antara otak kanan dan otak kiri..otak kanan akan cuba menyebut warna yang berada pada perkataan tapi otak kiri akan cuba membaca perkataan tersebut..

selamat mencuba!! semoga berjaya! :)