1.mempunyai tujuan hidup
Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada kebahagiaa diri dan bersesuaian dengan organisasi. Setiap matlamat yang dibentuk hendaklah yang khusus dan jelas.
2.menjaga harga diri
Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah dibanggakan dalam keadaan tenang. Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan diperoleh. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah tanamkan sifat ingin menjadi insan yang positif.
3.sabar
Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak semestinya dapat dicapai kejayaannya dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sabotaj masa depannya. Kita janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu datang segera apabila kita melakukan sesuatu yang baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa diminta.
4.bentuk sifat ingin mencuba
Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru untuk membentuk sifat kreatif dan inovatif dalam diri. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.
5.mempunyai ketekunan dan ketabahan
Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu, akan membawa kepada kejayaan.
6.perspektif kendiri
Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan dengan prinsip diri dan etika yang telah dibentuk. Di samping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan dalam sesuatu situasi. Kita juga harus mempunyai pemikiran ke hadapan.
7.membentuk sifat merdeka
Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. Namun begitu, pandangan dan pendapat orang lain juga harus dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan.
akhiirul kalam..jom sama-sama kita membentuk diri ke arah yang lebih baik..^_^
1 comment:
salam.. saya telah link blog ni..
Post a Comment