Showing posts with label ayat-ayat cinta. Show all posts
Showing posts with label ayat-ayat cinta. Show all posts

Friday, November 19, 2010

[ 23 : 1-11 ]


Bismillaahirrahmaanirrahimm..
  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
  9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
  11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
[al-mukminuun : 1-11]

    Tuesday, July 27, 2010

    2 : 286


    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".







    --------------------------------------------------

    Sayyidina Ali bin Abu Talib berkata : Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:
    1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
    2-Bersifat dermawan ketika susah.
    3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
    4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti.

    Sunday, March 7, 2010

    Monday, February 22, 2010

    25:63


    "And the (faithful) slaves of the Most Gracious (Allah) are those who walk on the earth in humility and sedateness, and when the foolish address them (with bad words) they reply back with mild words of gentleness.'' (Al Furqaan : 63)


    Monday, June 8, 2009

    sepotong ayat



    Bismillaahirrahmaanirrahim..

    Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (48 : 4)

    Tuesday, November 4, 2008

    mari bersama saling mengingatkan~

    SELAMATKAN DIRI DARIPADA API NERAKA

    Islam yang hanif memandang masing-masing di antara muslimin dan muslimat sebagai pasangan yang dengan keduanya kehidupan manusia berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari segi nilai kemanusiaanya. Firman Allah swt:

    Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al: Hujurat: 13)

    Yang menjadi ukuran di sisi Allah swt adalah amal soleh. Allah juga telah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dituntut untuk melaksanakan tugasnya masing-masing.

    .. agar tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan..(Al-Jathiyah: 22)

    Wanita dikuasai oleh naluri perasaan dan cepat beremosi. Kerana kekurangannya itu, maka dituntut bantuan orang lain. Sebagaimana diterangkan Allah swt dalam firmanNya:

    Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkan yang lain.
    (Al-Baqarah: 282)

    Wahai saudari muslimahku, sekarang kita perhatikan wasiat Nabi SAW, agar kamu memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

    Iman adalah perkataan, amal dan akidah dapat berkurang dan bertambah kerana ketaatan dan kederhakaan kepada Allah swt. Allah telah mensifati orang-orang yang beriman dengan firmanNya:

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (keranaNya) dan kepada Tuhannyalah mereka bertawakkal iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
    (Al-Anfal: 2-3)

    Wasiat Rasulullah saw:

    .kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu semua.

    Maksudnya dari wasiat tersebut, Allah telah memperlihatkan tentang wanita kepada Rasulullah saw pada malam Israk. Rasulullah saw telah menyaksikan neraka di mana ramai para wanita menjadi penghuninya. Ini kerana sabda Rasullah saw:

    .kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga. Banyak melaknat, maksudnya salah seorang di antara kamu selalu melontarkan laknat. Dan mengingkari keluarga bermaksud, mengingkari hak suami.

    Dan mintalah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
    (al-nisa':106)

    Allah menjelaskan bahawa barangsiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan hal-hal yang membuatkan Allah marah, maka tidak ada jalan lain baginya kecuali memohon ampunan kepada Allah dengan taubat nasuha.

    Hassan al- Basri berkata:

    Perbanyak istighfar di rumahmu, di majlismu, di pasarmu dan di jalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.

    (Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW utk wanita)

    sumber artikel : http://fauzynm.e-belia.net/

    Tuesday, September 9, 2008

    peringatan buat diri



    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

    Monday, August 11, 2008

    .:: nur = cahaya ::.

    Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
    -Surah nuur:35-