Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

hanya segelas susu


Suatu hari, seorang anak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan dari pintu ke pintu, menemukan bahawa di kantongnya hanya tersisa beberapa sen uangnya, dan dia sangat lapar.

Anak lelaki tersebuat memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang berikutnya akan tetapi dia hilang keberaniannya saat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, dia hanya berani meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan berfikir bahawa anak lelaki tersebut pastinya lapar. Oleh kerana itu dia membawakan segelas besar susu.

Anak lelaki itu minum dengan lambat, kemudian bertanya, "berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?". Wanita itu menjawab, "kamu tidak perlu membayar apa-apa". "Ibu kami mengajarkan untuk tidak menerima bayaran untuk kebaikan," wanita itu menambah.

Anak lelaki itu itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata, " dari dalam hatiku aku berterima kasih kepada anda".

Bertahun-tahun kemudian, wanita muda tersebut mengalami sakit yang sangat kritis. Para doktor di kota itu sudah tidak sanggup menanganinya. Mereka akhirnya mengirim wanita itu ke kota besar, di mana terdapat doktor pakar yang mampu menangani penyakit serius tersebut.

Dr.Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat dia mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit seberkas pancaran pada mata Dr. Ahmad. Segera dia bangkit dan bergegas turun melalui wad hospital menuju ke bilik wanita tersebut. Dengan berpakaian jubah kedoktoran, dia menemui wanita tersebut.

Dia langsung mengenali wanita itu pada sekali pandang sahaja. Dia kemudiannya kembali ke ruang pejabatnya dan memutuskan untuk melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk membantu wanita itu. Mulai hari itu, dia selalu memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya kemenangan diperoleh.. wanita itu alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah. Dr. Ahmad meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar seluruh bil rawatan wanita tersebut kepadanya. Setelah melihatnya, dia menulis sesuatu pada bil itu, dan kemudiannya mengirimkan ke bilik pesakit.

Wanita itu takut untuk membuka bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu membayar kos tersebut walaupun harus diansurankan seumur hidupnya. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk membuka dan membacanya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Pada kertas itu, dia telah membaca tulisan yang berbunyi : telah dibayar selesai dengan segelas besar susu!!. Tertanda, Dr. Ahmad Ismail.

Airmata kebahagiaan membanjiri matanya dan dia berdoa:
"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia."

gambar : sini

Friday, September 18, 2009

wish



+ Selamat hari raya 'aidil fitri
+ maaf segala salah dan silap

daripada:
Mohd Nawi, Hasiah, Nuha, Nabli, Muna, Shifa', Anas, Aman..

:)

Sunday, March 8, 2009

12 Rabi'ul Awal




---------------------------------------

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.

Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

------------------------------------

Sunday, December 7, 2008

salam aidil adha 1429H




:: salam 'idul adha kepada semua!
:: selamat menghayati erti pengorbanan.. :)

********************

nota --> di sini ada sedikit info tentang khasiat daging kambing : terapi kambing

Wednesday, November 5, 2008

~!! surprise !!~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Baru buka blog petang tadi, ada sorang kawan tulis kat shoutbox:
kak nuha, singgah blog ore deh..ambik hadiah..
ingatkan hadiah ape la..rupa-rupanya ada cik tedi yang chumil ni.. :)

Jangan jadi seteguh karang, kerana seteguh-teguh karang kan mati jua akhirnya, malah tika hidup pun ada yang kecewa, terdampar di pantai masih berwarna.
Jadilah seteguh masa, tidak menoleh kebelakang walau seketika. Tidak kecewa dan berundur walau apa jua. Tidak henti ke hadapan walau apa jua rintangan.


Angel kepada cik akma :
terima kasih daun keladi,
tahun depan boleh bagi lagi ye.. :D

Tuesday, October 28, 2008

sharing is caring~

Bismillahirrahmaanirrahiim

Minggu ni start study week bagi kebanyakan universiti di Malaysia..samalah dengan saya..paper saya start 3hb berakhir pada 14hb..ada sehari gap antara paper..doakan saya!!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan semoga berjaya untuk semua sahabat2 saya..dan sudilah kiranya kalian menerima kad ini ye..hehe :)
:: el-biruni ::
:: khalilah ::
:: akma ::
:: nadiah ::
:: aminah ::
:: izzati ::
:: hamasyie - exam jugak,kan? ::
:: pengunjung blog ini yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi ::

snanye saya dapat kad ini daripada salbani tadi time ym dengan dia..hehe..disebabkan kad ini saya rasakan special, so saya nak kongsilah dengan sahabat2 yang lain..boleh kan, sal? ;)

**********
:: all da best, ya!! ::

*********

jadual exam sem ini..doakan saya!!

Friday, September 19, 2008

Thursday, August 21, 2008

Saturday, August 16, 2008

Friday, July 18, 2008