Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Seorang guru tua
Guruku yang baik
Masih lagi mengajar
Sedang aku kini sudah besar
Dulu wajahnya muda
Kini rambut memutih kepala
Ada anak-anak muridya
Kini memegang jawatan tinggi
Tidak kurang pula
Bergelar usahawan berjaya

Guruku yang baik
Masih di situ
Masih menuju ke sekolah yang sama
Tiada kelihatan jemu
Dari air mukanya
Tiada kedengaran bosan
Dari suaranya
Dia gigih menggenggam
Tanggungjawab yang di amanahkan

Seorang guru tua
Dia masih di situ
Berdiri sebagai guru
Menabur jasa-jasa
Dialah pendidik bangsa!

-Gunawan Mahmood- DBP
di salin semula dari ‘sehijau warna daun’
KOMSAS tingkatan 1…




guru pembina negara bangsa


----------------------------------------------------------------------------------
selamat hari guru buat semua guru yang pernah mengajar saya:
  • tadika tengku anis 1992
  • SKG1, (sekarang dah jadi SKG) 1993-1998
  • maahad muhammadi (perempuan) pasir pekan 1999-2003
  • maahad muhammadi perempuan kota bharu 2003-2004
  • SMU (A) meheliah geting 2005
  • kolej mara kulim 2005-2006
  • UiTM shah alam, julai 2006
  • kolej teknologi pulau (island college of technology) 2006-2010
  • usm 2006-2010
----------------------------------------------------------------------------------

tak dilupa buat ummi dan abi yang menjadi guru pertama saya hinggalah kini. terima kasih semuanya!

Wednesday, May 12, 2010

think about it


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Waspadalah terhadap sikap tidak berterima kasih. Sebelum engkau melihat duri dalam bunga, perhatikan dahulu keindahannya. Sebelum engkau mengeluh teriknya sinar matahari, nikmatilah cahaya indahnya. Sebelum engkau menyesali gelapnya malam, ingatlah dahulu keteduhan dan ketenangannya. Jadi, mengapa harus ada pandangan-pandangan penyesalan terhadap segala sesuatu? Kenapa kenikmatan harus berubah dan menyimpang dari jalurnya?

[menjadi wanita paling bahagia, oleh Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni]

the goodly life



Sunday, March 7, 2010

Thursday, March 4, 2010

hati

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Hati itu boleh hidup dan boleh juga mati. Ada 3 jenis hati:
  1. hati yang sihat
  2. hati yang mati
  3. hati yang sakit
Hati yang sihat adalah hati yang selamat. didefinisikan sebagai hati yang bebas daripada syahwat dan keinginan yang bertentangan dengan perintah Allah swt. Jika ia mencintai, membenci, memberi dan menahan diri, semuanya kerana Allah swt.


Hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal siapa Rabbnya. Hati jenis ini selalu mengikut hawa nafsunya walaupun itu dimurkai Allah. Ia tidak peduli dengan keredhaan atau kemurkaan Allah swt.

Hati yang sakit adalah hati yang hidup namun mengandungi penyakit. Ia mengikut unsur yang kuat. Kadang-kadang ia cenderung kepada 'kehidupan' dan kadang-kadang ia cenderung pula kepada 'penyakit'.