Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Hari ini masuk hari ke-empat saya berada di rumah..Sepanjang berada di rumah selama empat hari ini, saya mendapat tugas baru..iaitu marking paper BA tingkatan 1..sebanyak 4 kelas bersamaan dengan 120 skrip jawapan perlu saya tanda..sepanjang proses marking paper tu, pelbagai jawapan saya jumpa yang membuatkan saya pening untuk memberi markah.. ada yang tiru bulat-bulat soalan yang ditanya..macam ada satu soalan ni, arahan meminta supaya translatekan angka ke dalam perkataan..contohnya 20 = ‘isyruuna..tapi ada juga yang tulis balik angka tu dalam bentuk angka yang ditranslatekan ke dalam angka arab..adeih~ dan ada juga yang sempat melukis watak kartun di atas skrip jawapan itu..hai, macam-macam la..kadang-kadang nak tergelak juga la saya baca skrip jawapan mereka ni..hehe :) ..
Bila saya mula rasa pening kepala untuk memberi markah, maka saya akan berhenti sebentar supaya tidak mengganggu proses pemberian markah.. kecuali semalam, kerana saya sudah menetapkan untuk meyiapkan proses marking pada hari itu juga.. dan, akhirnya semua skrip telah siap ditanda.. alhamdulillah..selepas ini, proses mengira markah pula.. semoga cepat siap.. hehe :)
Apabila bercerita tentang ini, teringat bahawa saya baru sahaja selesai ujian akhir semester pertama pada 14hb yang lalu..Terimbas kembali jawapan yang saya tulis untuk soalan-soalan yang ditanya..dan terfikir, mesti pening juga pemeriksa untuk marking paper saya,ya..baru terfikir kerana baru merasai betapa seksanya untuk menghabiskan marking paper yang banyak tu..harap-harapnya pemeriksa dalam keadaan yang baik ketika memeriksa kertas-kertas kami..hehe :) ..
Moralnya: berusahalah untuk menjawab soalan sebaiknya supaya pemeriksa tidak pening dan senang untuk memberi markah nanti.. satu lagi, tulisan kenalah jaga biar sentiasa kemas, agar pemeriksa tu rasa seronok je baca jawapan kita,kan? (ni pengalaman saya memeriksa kertas tingkatan satu la..faham faham sendirilah macam mana tulisan pelajar tingkatan satu.. pening, pening..tapi ada jugak yang lawa, seronok membaca!! :) )
