Sunday, March 7, 2010

Thursday, March 4, 2010

hati

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Hati itu boleh hidup dan boleh juga mati. Ada 3 jenis hati:
  1. hati yang sihat
  2. hati yang mati
  3. hati yang sakit
Hati yang sihat adalah hati yang selamat. didefinisikan sebagai hati yang bebas daripada syahwat dan keinginan yang bertentangan dengan perintah Allah swt. Jika ia mencintai, membenci, memberi dan menahan diri, semuanya kerana Allah swt.


Hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal siapa Rabbnya. Hati jenis ini selalu mengikut hawa nafsunya walaupun itu dimurkai Allah. Ia tidak peduli dengan keredhaan atau kemurkaan Allah swt.

Hati yang sakit adalah hati yang hidup namun mengandungi penyakit. Ia mengikut unsur yang kuat. Kadang-kadang ia cenderung kepada 'kehidupan' dan kadang-kadang ia cenderung pula kepada 'penyakit'.

Monday, February 22, 2010

25:63


"And the (faithful) slaves of the Most Gracious (Allah) are those who walk on the earth in humility and sedateness, and when the foolish address them (with bad words) they reply back with mild words of gentleness.'' (Al Furqaan : 63)


Friday, February 5, 2010

kisah katak


Sekelompok katak sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Malangnya, dua di antara katak tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Katak-katak yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, katak-katak yang lainnya menyarankan kepada kedua katak tersebut supaya mereka lebih baik mati sahaja.

Kedua-dua katak tersebut tidak mengendahkan komentar-komentar itu dan cuba untuk melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Katak-katak yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Tidak berapa lama selepas itu, salah satu daripada katak yang berada di dalam lubang itu mendengar saranan katak-katak yang lain lalu menyerah. Dia terjatuh dan mati, sedangkan katak yang seekor lagi tetap berusaha melompat sedapat yang mungkin. Sekali lagi kerumunan katak tersebut berteriak kepadanya agar berhenti berusaha dan mati sahaja.

Dia, si katak itu, bahkan berusaha dengan lebih keras. Akhirnya, dia berjaya juga sampai ke atas dengan membuat sebuah lompatan yang kencang.

Katak-katak yang lainnya takjub dengan semangat katak yang satu ini dan bertanya "Apakah kamu tidak mendengar teriakan kami?" Lalu katak itu (dengan membaca gerakan bibir katak yang lain) menjelaskan bahawa sebenarnya ia tuli. Akhirnya, mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberi semangat kepada katak tersebut untuk lebih berusaha.



------------------------------------------------
Kata-kata positif yang diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh' justeru dapat membuatkan orang tersebut bangkit dan membantu dalam menjalani hari-harinya. Adapun sebaliknya, apabila kata-kata yang negatif diberikan kepada seseorang yang sedang 'jatuh', boleh membunuh mereka.

Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh daripada jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sukar untuk dimengerti bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah lebih jauh daripada apa yang kita perkirakan.

Thursday, January 7, 2010

lukisan kedamaian

Seorang raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada siapa sahaja yang dapat melukis tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi pertandingan tersebut.

Raja berkeliling melihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan sahaja yang benar-benar paling disukainya tetapi sang raja harus memilih satu di antara keduanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga itu bagaikan cermin sempurna yang memantulkan kedamaian, gunung-gunung yang memasak mengelilinginya. Di atasnya terdapat langit biru dengan awan putih berarak. Semua yang memandang lukisan ini berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua menggambarkan pergunungan juga. Nampak kasar dan gundul. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan, sedangkan nampak juga kilat sambar-menyambar. Di sisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih. Sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Tetapi sang raja melihat sesuatu yang menarik. Di sebalik air terjun itu tumbuh semak-samun kecil di atas sela-sela batu. Di dalam semak itu ada seekor ibu pipit sedang meletakkan sarangnya. Di tengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.

Lukisan manakah yang memenangi pertandingan?

Raja memilih lukisan yang kedua. Tahukah mengapa?

"kerana," jawab sang raja "Kedamaian bukan bererti anda harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pekerjaan yang keras dan sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang, dan damai, meskipun anda berada di tengah-tengah keributan yang luar biasa. Kedamaian hati adalah kedamaian sejati"