Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Dia menjual bunganya di pasar, setelah cukup jauh berjalan kaki. Usai jualan, dia pergi ke masjid di kota itu. Dia berwudhu’, masuk masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekadarnya, dia keluar masjid dan mengumpulkan dedaun yang bertaburan di halaman masjid. Sehelai demi sehelai dikutipnya. Tidak satu helai pun dibiarkannya. Tentu saja agak lama dia membersihkan masjid dengan cara itu, padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya. Ramai pengunjung masjid menjadi hiba melihatnya.
Pada suatu hari, takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun itu sebelum nenek itu datang. Pada hari itu, nenek tersebut datang dan terus memasuki masjid. Usai solat, dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya namun dia terkejut kerana tidak ada satu helai pun daun yang berserakan di halaman masjid. Dia kembali ke masjid dan menangis sambil bertanya mengapa dedaun itu sudah disapu sebelum kedatangannya. Orang di dalam masjid menjawab, kerana mereka kasihan melihatnya. "Jika kalian kasihan melihatku, berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya,"jawab nenek itu. Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpul dedaun yang bertebaran di halaman masjid seperti biasa.
Seorang ulama terhormat diminta untuk menanyakan kepada nenek tersebut mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaun itu. Nenek itu mahu menjelaskan sebabnya dengan dua syarat; pertama, hanya ulama yang mendengar rahsianya..kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika dia masih hidup. Sekarang nenek tersebut sudah meninggal dunia, dan kita dapat mengetahui rahsia itu.
"Saya ini perempuan bodoh, pak guru," tuturnya. "Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya mungkin tidak selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kali saya mengutip helaian daun itu, saya mengucapkan selawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi datang menjemput saya. Biarlah semua daun itu menjadi saksi saya berselawat kepadaNya".

No comments:
Post a Comment