Hari ini, saya mendapat jemputan walimah yang kedua, daripada senior saya..Nama dia Wan Nur Hafizah Wan Aziz.. InsyaAllah, walimahnya akan diadakan pada 11 Disember ini bersamaan 13 Zulhijjah (raya keempat). Pada hari yang sama juga, majlis menyambut menantu diadakan di rumahnya. Maksudnya, walimahnya akan diadakan bersama dengan majlis menyambut menantu (along)..hai, save budget..hari tasyrik pulak tu..hehe :) Kak fizah ni senior saya kat mmpp dulu. Dia exco BAKIS..sekarang dia belajar kat UIA.. Kawan saya cakap, ramai la budak2 UIA kahwin awal..Tapi, budak2 oversea pun ramai gak kahwin awal. betul tak? erk. sebab jodoh diorang dah sampai,kan?
Kad jemputan yang pertama saya terima daripada Nor Haizan bt Ghazali @ Ismail..Pada tarikh yang sama jugak..Kak je ni pun senior saya time belajar kat mmpp dulu..Dia pun pustakawati juga..Tapi, lepas PMR dia sambung belajar kat KISAS..lost contact sat..Hari tu jumpa dia balik kat Dewan Jubli Perak. Dia handle program kat situ.. wah, lama sungguh terputus hubungan ..bila dah jumpa mestila nak eratkan balik, kan? Dia cakap dulu dia matrik kulim, sekarang ambik farmasi kat ukm..eh eh, sama la..dulu saya matrik kulim jugak..sekarang pun ambik pharma jugak. Tu yang lagi erat tu.. hehe ;) Saya masih ingat lagi, masa final exam antimicrobial therapy kot, saya tanya banyak benda sangat kat dia..terutamanya drug-drug interaction, patophysiology.. sebab dr.syed suka tanya soalan2 macam tu..pastu tu dia cakap : terer la kak je pasal ubat2 nih, nuha asyik duk tanya..haha :D
Saya tanya kak je, apa warna tema majlis dia? Kak je cakap ungu..adoi~ baju ungu saya tak bawak balik. Tinggal kat penang la. Macam mana nih? Saya tanya ni sebab teringat time kak nadia hamimah a.k.a. kak ya kahwin hari tu, warna temanya adalah peach..bersemangat betul saya nak pi, sebab dah lama tak jumpa kak ya, laila dan nawal..tup tup bila sampai tarikhnya, saya tak boleh balik pulak..ada kerja kat penang..so, boleh tengok gambar je la.. isk isk :(
p/s : harap harapnya 11/12 tu tak hujan. Sebab sekarang musim hujan..nanti jadi pengantin hujan pulak.. :) air sungai golok pun dah naik ni..haiz~