Monday, July 28, 2008

ETIKA PENGURUSAN DIRI

Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba..

1.mempunyai tujuan hidup
Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada kebahagiaa diri dan bersesuaian dengan organisasi. Setiap matlamat yang dibentuk hendaklah yang khusus dan jelas.


2.menjaga harga diri
Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah dibanggakan dalam keadaan tenang. Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan diperoleh. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah tanamkan sifat ingin menjadi insan yang positif.

3.sabar
Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak semestinya dapat dicapai kejayaannya dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sabotaj masa depannya. Kita janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu datang segera apabila kita melakukan sesuatu yang baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa diminta.

4.bentuk sifat ingin mencuba
Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru untuk membentuk sifat kreatif dan inovatif dalam diri. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutnya tahu bahawa tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.

5.mempunyai ketekunan dan ketabahan
Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu, akan membawa kepada kejayaan.

6.perspektif kendiri
Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan dengan prinsip diri dan etika yang telah dibentuk. Di samping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan dalam sesuatu situasi. Kita juga harus mempunyai pemikiran ke hadapan.

7.membentuk sifat merdeka
Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. Namun begitu, pandangan dan pendapat orang lain juga harus dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan.

akhiirul kalam..jom sama-sama kita membentuk diri ke arah yang lebih baik..^_^

adakah kau lupa



saya suka sangat dengan lagu ni..jom sama-sama kongsi lirik dan hayati..^^

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa tempuh rintangan perjuangan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Adakah kau lupa
Adakah kau lupa
Adakah kau lupa

Sunday, July 27, 2008

SUMBER KEYAKINAN

Dari manakah keyakinan itu bisa dicari?

Pertamanya, kita harus yakin bahawa Allah tidak menciptakan manusia itu ada yang pandai dan ada yang bodoh. Sebaliknya, Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza kepandaian. Kejayaan pertama seorang manusia yang Aqil lagi Baliqh ialah pada kejayaannya mengenal potensi diri.

Cerminkan diri dengan mengambil teladan dari orang lain yang berjaya, tetapi yang realiti itu tetap si insan yang berdiri di depan cermin. Jangan sibuk hendak menjadi orang lain, sebaliknya berusahalah untuk menjadi diri sendiri. Cari keistimewaan diri… dan bertandinglah dengan diri sendiri.

“Macam mana caranya?”, itu persoalan yang berbaki.

“Kuncinya ialah, lakukan setiap sesuatu dalam hidup ini secara bersungguh-sungguh. Nescaya kita akan cepat mengenal batas upaya dan juga potensi diri. Berenang biar sampai ke tepian. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!”

Sekali lagi, budaya cincai dan buat kerja acuh tidak acuh itu menjadi musuh kepada perkembangan diri..

www.saifulislam.com

Friday, July 18, 2008


DONT QUIT !!


Life sometimes brings us problems
That we hardly can endure
And, no matter where we look
It seems that there are more.
Yet, never be discouraged
For, with Life’s every trial and test
You’ll find the strength
To overcome them
If you simply try your best.

Never be discouraged
Nor give up in any way
For, no matter how dark the clouds
They are never here to stay.
For, whenever there are storms
And your world comes crashing down

If you never lose your faith
An answer will be found.
So, keep believing in yourself
Throughout every single day
And if you have any thoughts of quitting
Then dismiss them right away!

So...
try hard and
dont forget to pray hard also...(^_^)

Tuesday, July 15, 2008

bermulanya sem baru

Bismillah..
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam yang masih memberiku peluang untuk menghirup udara pinjaman ini..

Alhamdullillah, sem5 telah start..selepas diberi cuti selama 3 bulan, akhirnya kaki ini dikuatkan sekali lagi untuk menjengah kolej ini bagi meneruskan perjuangan menggapai impian di seberang..betapa cepatnya masa berlalu tanpa terasa alirannya..tup2 dah masuk 3rd year (2 years by now to grad, insyaALLAH)..teringat kata-kata seorang teman suatu masa dahulu, kalau kita merasakan masa berlalu terlalu cepat itu tandanya hari-hari yang dilalui terlalu sibuk dan sebaliknya..betul ke? Saya pun tak pasti tapi sememangnya cuti 3 bulan itu tidak memberi saya banyak ruang untuk berada di rumah kesayangan..hari-hari saya disibukkan dengan latihan memandu (baru nak buat lesen, setelah beberapa tahun menjadi illegal driver..hehe..) juga mengingatkan kita bahawa kita kini berada di akhir zaman..

Sem ni jadual kuliyyah saya padat sekali..7 subjek berdaftar dengan 20 jam kredit (first time my credit hour is full..fuuh)..subjek yang didaftarkan untuk sem ini :
1- Respiratory, renal and blood systems & therapy
2- Pharmaceutical analysis 1
3- Dosage Form Design 1
4- Cardiovascular system and therapy
5- Pharmacy practice
6- Pharmaceutical marketing
7- Spoken english

1-5 adalah subjek teras, manakala 6 adalah subjek elektif..Di antara semua subjek yang diambil ni, paling saya tak suka adalah spoken english..ni subjek optional, dan saya memerlukan 5 jam kredit untuk subjek optional untuk melayakkan saya grad..di kolej ni tiada optional lain selain spoken english..although i do not love it, i must try by now loving this subject..terrible things for me actually..huhu..doakan ye..

Sem ni saya dapat 37orang junior berbanding 18orang for previous batch..almost four times higher than my batch – 11orang (because we are pioneers)..majoriti daripada mereka lepasan matrikulasi dan beberapa orang lepasan STPM..my first impression to them, saya nampak mereka semua baik-baik..dan semoga ia benar..ameen..

Thursday, July 10, 2008

permulaan

akhirnya berjaya jugak site ini diwujudkan..
sekadar berkongsi..semoga bermanfaat..