Friday, December 18, 2009

Maafkan aku bila mengeluh

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini dalam sebuah bas aku melihat seorang remaja tampan dengan rambut sedikit ikal. Aku iri melihatnya. Dia tampak begitu ceria, dan aku sangat ingin memiliki kegembiraan hidup yang sama. Tiba-tiba dia terhuyung-hayang berjalan. Dia mempunyai satu kaki sahaja, dan memakai tongkat kayu. Namun ketika dia melalui... dia tersenyum. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua kaki. Dunia ini milikku.

Aku berhenti untuk membeli sedikit kuih. Anak laki-laki penjualnya begitu mempesona. Aku berbicara dengannya. Dia tampak begitu gembira. Seandainya aku terlambat sampai di pejabat, tidaklah apa-apa. Ketika aku pergi, dia berkata, "Terima kasih. Engkau sudah begitu baik. Menyenangkan berbicara dengan orang sepertimu. Lihatlah, aku buta." Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua mata. Dunia ini milikku.

Sementara berjalan aku melihat seorang anak mirip dengan bola mata biru. Dia berdiri dan melihat teman-temannya bermain bola sepak. Dia tidak tahu apa yang bisa dilakukannya. Aku berhenti sejenak, lalu bertanya, "Mengapa engkau tidak bermain dengan yang lain, nak?" Dia memandang ke depan tanpa bersuara, lalu aku tahu dia tidak bisa mendengar. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh. Aku punya dua telinga. Dunia ini milikku.

Dengan dua kaki untuk membawaku ke mana aku mahu, dengan dua mata untuk memandang mentari dan bukit-bukit, dengan dua telinga untuk mendengar desir angin dan segala bunyi.

Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh.

-----------------------------------
salam maal hijrah! Moga tahun ini akan lebih baik. ameen..

Sunday, December 13, 2009

mencari kebahagiaan?


gambar di'cilok' dari sini

Suatu ketika, kelihatan seorang pemuda duduk di tepian telaga. Dia duduk termenung. Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya. Seluruh penjuru mata angin telah dilewatinya, namun tidak ada satu pun titik yang membuatnya puas. Kekosongan makin terasa, sehinggalah ada suara yang menyapanya. Rupanya ada orang lain di sana selainnya.

"Apa yang kau lakukan di sini, anak muda?" tanya suara itu. Rupanya suara itu milik seorang lelaki tua. "Apa yang kau risaukan?". Anak muda itu menoleh ke arah lelaki tua itu sambil menjawab, "Saya penat, pakcik. Telah berbatu-batu jarak yang saya tempuhi untuk mencari kebahagiaan, namun tak juga ditemukan rasa itu dalam diri ini. Saya telah melewati gunung dan lembah, tapi tak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri ini. Ke manakah saya harus mencarinya lagi? dan bilakah akan saya temukan rasa itu?"

Lelaki tua itu menghampiri anak muda tersebut dan mendengar keluhannya dengan penuh perhatian. Dipandangnya wajah lelah anak muda di depannya itu lalu dia mulai berbicara, "Di depan sana ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama buatku". Anak muda itu memandang dengan penuh kehairanan. Mereka berpandangan dan lelaki tua itu menambah lagi, "Ya.. tangkaplah seekor rama-rama untukku dengan tanganmu."

Saturday, December 5, 2009

hanya segelas susu


Suatu hari, seorang anak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan dari pintu ke pintu, menemukan bahawa di kantongnya hanya tersisa beberapa sen uangnya, dan dia sangat lapar.

Anak lelaki tersebuat memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang berikutnya akan tetapi dia hilang keberaniannya saat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, dia hanya berani meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan berfikir bahawa anak lelaki tersebut pastinya lapar. Oleh kerana itu dia membawakan segelas besar susu.

Anak lelaki itu minum dengan lambat, kemudian bertanya, "berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?". Wanita itu menjawab, "kamu tidak perlu membayar apa-apa". "Ibu kami mengajarkan untuk tidak menerima bayaran untuk kebaikan," wanita itu menambah.

Anak lelaki itu itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata, " dari dalam hatiku aku berterima kasih kepada anda".

Bertahun-tahun kemudian, wanita muda tersebut mengalami sakit yang sangat kritis. Para doktor di kota itu sudah tidak sanggup menanganinya. Mereka akhirnya mengirim wanita itu ke kota besar, di mana terdapat doktor pakar yang mampu menangani penyakit serius tersebut.

Dr.Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat dia mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit seberkas pancaran pada mata Dr. Ahmad. Segera dia bangkit dan bergegas turun melalui wad hospital menuju ke bilik wanita tersebut. Dengan berpakaian jubah kedoktoran, dia menemui wanita tersebut.

Dia langsung mengenali wanita itu pada sekali pandang sahaja. Dia kemudiannya kembali ke ruang pejabatnya dan memutuskan untuk melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk membantu wanita itu. Mulai hari itu, dia selalu memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya kemenangan diperoleh.. wanita itu alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah. Dr. Ahmad meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar seluruh bil rawatan wanita tersebut kepadanya. Setelah melihatnya, dia menulis sesuatu pada bil itu, dan kemudiannya mengirimkan ke bilik pesakit.

Wanita itu takut untuk membuka bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu membayar kos tersebut walaupun harus diansurankan seumur hidupnya. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk membuka dan membacanya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Pada kertas itu, dia telah membaca tulisan yang berbunyi : telah dibayar selesai dengan segelas besar susu!!. Tertanda, Dr. Ahmad Ismail.

Airmata kebahagiaan membanjiri matanya dan dia berdoa:
"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia."

gambar : sini

Thursday, October 22, 2009

exam dan tahniah

Bismillaahirrahmaanirrahiim

lama tak usik 'rumah' ni. hari ni baru tergerak untuk bersihkan sawang-sawang yang ada. hehe. exam tak lama dah. minggu depan dah mula study week. tapi, ada satu lagi kelas SHE hari isnin. kami mula exam 4hb.

4/11 - pharmacokinetic
6/11 - clinical pharm concept
11/11 - applied therapeutic 1 (subjek yang agak killer bagi saya)
13/11 - cancer chemotherapy
17/11 - hubungan etnik a.k.a. SHE
18/11 - multimedia (duh)
20/11 - geriatric

nah, jadual sudah keluar. persediaannya macam mana?
+ all the best untuk semua yang nak exam! +

hari ini (22 oktober) ada orang konvo di UiTM shah alam. perasaan : sangat sedih sebab tak dapat pergi, juga teruja sebab dia dah start kerja. best kan kerja? hehe, bila tanya orang yang dah kerja, mereka kata : lagi best masa belajar. sebab tu la mereka sambung lagi. huu, orang yang sedang belajar pulak rasa tak sabar-sabar nak kerja. tapi, bila fikirkan balik tugas nanti bila dah kerja, berat jugak tuu..

nota himpunan tahniah buat:
  1. Amani, dah konvo awak ye.
  2. kak amirah yang sekarang ni sudah melangkah setapak ke depan dengan menyambung pengajian di ukm. (drug delivery tu. wahwah~)
  3. juga untuk kak sarah dan kak zetty yang akan sambung pengajian jugak dalam masa terdekat ni.
TERUJA! :)

-------------------------
p/s : tengah risau jugak. projek multimedia tak siap-siap lagi ni.. adeii~

Friday, September 18, 2009

wish



+ Selamat hari raya 'aidil fitri
+ maaf segala salah dan silap

daripada:
Mohd Nawi, Hasiah, Nuha, Nabli, Muna, Shifa', Anas, Aman..

:)

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem.. :)



Harapan Ramadhan
Raihan ft. Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

---------------------------------
alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini lagi di tahun ini (ehem, ayat ala-ala nak buat ucapan je nih.. hehe). Mari sama-sama perbaiki amalan. ;)

p/s : Selamat menunaikan ibadah puasa dan merebut peluang yang berganda.. :)

Monday, July 27, 2009

tempayan retak

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Ada satu cerita nak kongsi.. :)

------------------------
Seorang tukang pembawa air memiliki dua tempayan besar; masing-masing tergantung pada kedua hujung belah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya.

Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang pembawa air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja si tempayan yang tidak retak berasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih kerana hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikan.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit itu, tempayan retak itu berkata kepada si tukang pembawa air, "Saya sungguh malu pada diri sendiri, dan saya ingin memohon maaf kepadamu".

"kenapa?," tanya si tukang pembawa air.
"kenapa kamu berasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang pembawa air merasa kasihan kepada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun di akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan ia kembali meminta maaf kepada si tukang pembawa air atas kegagalannya.

Si tukang pembawa air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya."

"Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan d sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang".

sumber : di sini

------------------------
Setiap daripada kita memiliki cacat dan kekurangan sendiri. Kita semua adalah tempayan yang retak. Allah MAha Bijaksana, tidak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu, kenalilah kelemahanmu dan ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita membina kekuatan kita..

Yosh!!

Sunday, July 12, 2009

tag

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Blog ni lebih sebulan tak berusik kerana dua sebab:
- saya cuti
- lama tak membaca artikel. hehe :)

Method untuk blog ni, saya suka kutip artikel-artikel yang best dan letak di sini, untuk perkongsian. Banyak yang saya ambil dari buletin tarbiyah sekolah lama saya.

Ada orang baik hati. Dia bagi tugas untuk saya siapkan di sini. Jadi, saya mahu siapkan tugas itu sekarang. Dia ialah cik Nadiah also known as izzahsakinah.. hehe :)

1. Bekas kekasih saya adalah :
- ramai ni.. jam saya, basikal saya, henset saya, bunga-bunga, pokok-pokok yang saya pernah jumpa.....

2. Saya sedang mendengar :
- Bunyi orang menekan keyboard. Sekarang duduk kat CC, onlining..

3. Mungkin saya patut :

- Baca 'follow your heart' sekali lagi..?

4. Saya suka :
- tengok langit + laut.
- juga mengikuti blog kawan-kawan. Tapi bila agak sibuk, ayya.. tertinggal kereta api jadinya.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- PEA saya
- 5570 saya (tapi sekarang ia berada di BJ)
- si empat segi itu

6. Saya tak faham :
- Kenapa sejak datang sini, saya tak berapa nak ada mood. Aish!

7. Saya kehilangan :
- warna.

8. Ramai yang berkata :
- coklat itu best! dan saya setuju.

9. Makna nama saya :
- Cahaya aqal – ummi cakap bila saya tanya apa maksud nurunnuha ketika saya darjah empat.

10. Cinta itu adalah :
- Setuju dengan nadiah – cinta itu subjektif. Dari hati kepada hati.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
- Berfikir jawapan yang sesuai untuk soalan-soalan tag ni sambil menyiapkan tugasan sekolah.. :p

12. Saya akan cuba :
- mencapai impian saya. insyaAllah..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- Tidak ada hujungnya.

14. Telefon bimbit saya :
- abi beli ketika saya berada di tahun dua.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- pagi tadi saya fikir : nampaknya rancangan hari ni kena cancel lah, sebab hujan.

16. Saya paling meluat apabila :
- Ada tugas nak kena siapkan, tapi saya tak ada mood dan masih tak menyentuh tugasan itu..

17. Pesta/Parti adalah :
- Tambah kawan. seronok. kenangan. (dulu, masa tahun pertama kami suka buat parti hari lahir)..

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- tikus (hamster kat rumah tu, aman punya)

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- ketika sekolah rendah dan sekolah menengah.

20. Hari ini :

- cuti sekolah. Petang ni ada pasar malam kat Simpang Empat.

21. Malam ini saya akan :
- siapkan kerja sekolah! huhu~

22. Esok pula saya akan :
- Pergi sekolah.

23. Saya betul-betul inginkan :
- itu.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- *senyuumm*

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- tempat untuk membeli-belah tingkap. (aik, betul ke tak perkataan ni?)

26. Makanan Barat atau Jepun :
- Siam. Ahaa.. :D

27. Bilik yang terang atau gelap :
- Terang. Abi marah membaca dalam gelap.

28. Makanan segera adalah :
- sedap apabila terlalu lapar. Eh, ye ke?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- kak, saya nak print benda nih.. (nota geriatric)

30. Siapa yang anda mahu tag?
- safiyyah, ainul arina, nuha-another part, akma

Thursday, June 11, 2009

permata ayahbonda


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlu bukan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....

Monday, June 8, 2009

sepotong ayat



Bismillaahirrahmaanirrahim..

Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (48 : 4)

Sunday, June 7, 2009

tahniah

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

13 mei yang lalu, telah lahir seorang bakal mujahid (insyaAllah) di HKL. Setelah 9 jam menanggung sakit, akhirnya kedengaranlah tangisan seorang bayi lelaki seberat 3.4kg. Hilang segala rasa sakit setelah melihat si kecil yang kini telah diberi nama Muhammad al-fateh. Tahniah kepada ibu muda itu, nur hamizah binti mohd shariff.. :)

Bulan lepas juga, seorang lagi kawan saya yang berada di mesir (fadzilah) selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama nur 'auni sufiyyah.

Semoga dengan kehadiran permata-permata hati yang ditunggu-tunggu ini menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan kalian. Tak sabar rasanya ingin bertemu dengan budak-budak berdua ni.. Sebetulnya, tak sabar juga ingin bertemu dengan sahabat-sahabatku ini.. Kagum saya.


------------------------------
p/s: terasa ayat begitu skema. ahaaha, biarkan.

psst : ya, saya tahu. Entri kali ni sama sahaja isinya dengan posting yang di sana.. hehe :D

Thursday, May 14, 2009

mari berhenti sejenak...

Bismillaahirrahmaanirrahiim.. 


Perjalanan hidup ini melelahkan, ya sangat melelahkan. Betapa tidak, di saat kehendak kita dihadapkan pada realiti yang beraneka ragam corak dan warnanya, kita harus bertahan kerana kita tidak ingin tujuan hidup kita yang jauh, ternoda dengan kepentingan sesaat. Ini bukan soal halal haram terhadap dunia dengan segala keindahannya, tetapi soal menyikapinya agar tidak tergoda dan terpedaya olehnya.

Gambaran ini dapat kita rasakan pada saat harus mengatakan "tidak" di hadapan mereka semua yang berkata "ya". Ketika ramai orang berbicara ini dan itu dengan segala hujah, tuntutan diri kita membisikkan kita untuk "diam", tatkala orang lain menilai bahkan mengecam kita dengan tuduhan itu dan ini, idealisme kita pun mengisyaratkan kita untuk sekadar tersenyum tanpa kata-kata. Di saat orang bercakap dengan segala keahlian bahasanya, idealisme kita pun hanya meminta untuk membaca fikiran di sebalik fikiran. Dan ketika orang ramai membincangkan dunia dengan segala keni’matannya, idealisme kita pun hanya mengalunkan satu kata, "qonaah". Itulah idealisme kita di hadapan mereka. Memang, ini semua kita fahami sebagai sunnah kehidupan. Gelombang dan badai harus difahami sebagai ladang ujian, masalah hidup merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup. Pahit getir menjadi rencah yang harus dirasakan oleh setiap kita, jatuh bangun adalah tangga yang harus dilalui dalam menggapai sebuah cita-cita.

Lelah, lelah itulah yang sering kita rasakan, kita sering merasakan kejenuhan, bosan bahkan tidak dipeduli dengan keadaan. Namun jangan pernah ada perasaan kecewa apatah lagi putus asa kerana di sebalik semua itu pasti ada sesuatu yang dapat kita jadikan pengalaman yang bererti. Yang kita perlukan adalah berhenti sesaat. Berhenti bukan bererti selesai atau sampai di sini. Berhenti untuk merenungi kembali perjalanan yang telah kita lalui, berhenti untuk memupuk kembali semangat beramal, berhenti untuk mencas bateri keimanan kita agar tidak redup.

Kita perlukan waktu untuk melihat keadaan jiwa kita agar tetap stabil dan tahan dalam menghadapi segalanya. Kita terkadang lupa bahawa ada yang harus kita lihat dalam diri kita, "ruhiyyah" kita. Keadaan ruhiyyah kita yang selalu memerlukan suasana yang teduh, tenang sehingga ia menjadi kekuatan yang akan melindungi jiwa kita daripada pelbagai rintangan yang menghalangi kita. Kita memerlukan kekuatan ruhiyyah yang nyaman agar dapat berfikir jernih dan tetap bersemangat menjalani hidup ini. Kita perlu ketegaran jiwa dalam menghadapi hiruk pikuk hidup.

Inilah yang sentiasa diajarkan oleh Mu’adz bin Jabal r.a. kepada sahabatnya dengan ungkapan yang menyejukkan hati "mari duduk sesaat untuk beriman". Berhenti sejenak untuk melihat kembali keadaan keimanan agar tetap terjaga. Kerana segala yang kita alami dalam hidup harus dihadapi dan bukan lari daripadanya, ingatlah bahawa lari daripada masalah tidak akan menyelesaikan masalah itu, boleh jadi akan menambah masalah baru. Memperbaharui keimanan akan membawa kita untuk memahami hakikat hidup ini dengan segala masalahnya. Mari kita peruntukkan masa untuk selalu memperbaharui keimanan kita di tengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan.

Buletin Tarbiyah, mmp. 

Monday, May 11, 2009

falling away~


Falling Away - 786 

everytime
i feel u close to me
i dunno
who i'm supposed to be
gimme a chance
cause i dont wanna slip away
gotta keep you in my heart
leaving all my ways

so many times i feel you in my heart
and i just wanna take it from the start
so please hold my hand today
cause i can feel it fallin away

falling away
Allah will show me the way
falling away
cause i dont wanna slip away
fallin away

every soul
is walking back to you
i wanna run
what am i supposed to do

your helping hand
i need everyday
there's something i can do
so in heaven i can stay

i walk around the city
in the middle of the night
but nothing impresses me
til i open up my eyes
a dome in its majesty
a minaret rising high
it's a place for me that everyday
i'll go to keep from falling away..

Thursday, April 2, 2009

exam

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

tadi pergi ambil slip exam. jadual exam yang hijau sudah lama keluar. jadual hijau bermaksud sudah muktamad, tiada lagi apa-apa perubahan selepas ini. takut jugak tengok jadual, cantik bersusun. tapi redha la. ingat pesan my kakak. hehe.. :)

14/04/09 - FAR 343 [ GI system and therapy ]
15/04/09 - FAR 381 [ forensic pharmacy ]
16/04/09 - FAR 312 [ pharmaceutical analysis ]
17/04/09 - FAR 344 [ CNS and therapy ]
18/04/09 - FEL 273 [ veterinary pharmacy ]
20/04/09 - HTU 223 [ TITAS ]
21/04/09 - FAR 345 [ pharmacognosy II ]
23/04/09 - FAR 322 [ dosage form design II ]
28/04/09 - FEL 374 [ drug of abuse and society ]

kepada sesiapa yang akan menduduki atau sedang menduduki peperiksaan final, saya ucapkan : semoga berjaya, all da best! sama-sama doakan ya. =).. mahu bagi kad, tapi tak jumpa cari. tangguhkan dulu ye..

sedang dengar lagu 'mimpi yang indah' sebenarnya..
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

ok, setakat ini dulu. salam~~

Sunday, March 8, 2009

12 Rabi'ul Awal




---------------------------------------

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.

Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

------------------------------------

Tuesday, March 3, 2009

tag ke-4

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Tadi baru lepas kuiz 'drug abuse and society'.. Setelah 3 kali tarikh kuiz ditunda, akhirnya tarikh hari ini berjaya dipilih.. Dan soalannya, memerlukan kami untuk berfikir sedikit kritis dan kreatif. hoho~ masa diberi : 1 jam setengah..

Dan hari ni juga, di sini, saya mahu melangsaikan satu hutang yang sudah agak lama. Hutang tag, oleh imad. Maaf ye, sebab lambat membayar. soalan kali ni, hampir sama dengan yang di 'sana'. So, saya copy je la sikit-sikit jawapan dari 'sana'. hehe. Satu lagi.. Tag ni saya jawab dalam BM je, boleh?

Ok, here it goes..
Here are the rules:
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger
7 facts about myself:

1) Seorang pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia. (punya la skema ayat ni.. hehe)

2) Pernah menyukai banyak warna.. daripada warna pink (sekolah rendah) sehinggalah ke warna oren.

3) Bercita-cita mahu membeli buku-buku karya Hlovate dan Andrea Hirata.. (tapi kak sarah cakap tak payahla, boleh pinjam dia punya.. okai!)

4) Bila rasa resah gelisah, saya suka tengok langit yang luas. tenang. mendamaikan. Kadang-kadang suka jugak pergi ke pantai, tengok laut.. tapi kat sini macam susah je nak ke pantai..

5) Bercita-cita mahu ke sana, bersama ummi dan abi.. insyaAllah..

6) Saya sangatlah kagum pada orang yang hafal 30 juzuk al-Quran. wajah mereka berseri-seri dan bercahaya.. *teringat kat mizah*

7) Suka membaca kisah dan perjalanan hidup orang lain melalui blog. sebab tu lah, wujudnya satu lagi 'rumah'.. hehe.. =)

6 Unspectacular quirks:
nota : Yang ni saya mahu ubah soalan kepada 2 unspectacular quirks, boleh?.. tak tahu nak jawab ape, puas berfikir.. idea tak keluar jugak..hehe..
1) Juga seorang yang tak suka makan sayur (kalau ada orang yang allergic sayur, saya la kot).. banyak kali dah kena suruh, tapi masih tak reti dan tak boleh makan.. kecuali, kalau ummi buat 'sayur air', boleh je saya makan.. ish~

2) Dulu, seorang yang agak pendiam.. hanya bercakap bila kerajinan untuk bercakap datang.. tapi sekarang, saya rasa (baca : kot) saya agak 'rajin' sikit untuk bercakap terutama bila saya dah kenal dengan orang tu..

Tag 7 People:

1- Fathien -- boleh buat time bosan buat esaimen.. ^_^

2- Nadiah -- kena lagi.. hehe.. but, this tag is postponed to this school holiday, ya.. ;)

3-7 - Sesiapa yang mahu mengisi kekosongan untuk yang selebihnya ni, saya persilakan dengan gembiranya!.

Ok, dah siap!
I’m now entering ‘hadiah’ mode again.. :)

Monday, February 9, 2009

lobak, telur dan kopi

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Setelah sekian lama blog ini saya biarkan bersawang, akhirnya dapat juga saya kemas rumah ini dengan membawa satu lagi kisah teladan..jom, layaan..hehe :)

*************************

Sukarkah hidup?

Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapiya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama, telur ke dalam periuk kedua, dan serbuk kopi ke dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan memasukkannya ke dalam mangkuk yang lain serta menuang kopi ke dalm mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada si anak, "Apa yang kau lihat, nak?".
"Lobak, telur dan kopi," jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur tu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya,"Apa erti semua ini, ayah?"

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesukaran yang sama, direbus di dalam air yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak.. sebelum direbus, kuat, keras dan sukar dipatahkan tetapi setelah direbus menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula, sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan, tetapi setelah direbus isinya menjadi keras. Kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"kamu termasuk di dalam golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau hadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur ataupun kopi?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita?

Adakah kita seperti lobak yang pada awalnya keras, tetapi apabila musibah melanda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan? Ataupun..Apakah kita yang pada awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis, namun setelah adanya kesukaran akhirnya menjadi keras dan kaku?

Atau, adakah kita seperti serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas , sesuatu yang menimbulkan kesakitan untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius kerana pada suhu ini, kopi akan terasa semakin nikmat.

Nota untuk diri --> jom usaha! .. :)