Friday, August 29, 2008

selamat datang Ramadhan Kareem !!!



Selamat menyambut kedatangan Ramadhan
to all muslims around da world !!

Semoga Ramadhan kali ini..
memberi seribu satu pengharapan kepada kita..


~ ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...~

Tuesday, August 26, 2008

[ kekayaan hati ]

Entah mengapa hati ini tersentuh apabila menghayati lirik lagu ini..

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin

Miliki hati pemurah yang mampu menahan marah
Memberi maaf dengan mudahnya…mudahnya
Miliki hati pengasih walau diri kan tersisih
Memberi kasih tanpa memilih…memilih
Hati itu bagai ladang tempat bercucuk tanam
Hati itu bagai kolam tenang nyamannya

Cari kekayaannya dalam uzlah yang lama
Di malam yang sempurna bermunajat pada-Nya
Pengabdian yang hakiki lewat zikir amali
Dibasahi disirami dengan rahmat Ilahi


p/s : teringat hadis yang pernah dihafal semasa berada di tingkatan 2 dahulu..

عن أبي هريرة رضي اللّه عنه عن النبي (صلى اللّه عليه وسلم) قال :
ليس الغنى عن كثرة العرض ولكن الغنى غنى النفس

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : Bukanlah kekayaan itu dengan kayanya harta, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kaya hati..

Monday, August 25, 2008

Nenek pemungut daun


Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Dia menjual bunganya di pasar, setelah cukup jauh berjalan kaki. Usai jualan, dia pergi ke masjid di kota itu. Dia berwudhu’, masuk masjid, dan melakukan solat Zuhur. Setelah membaca wirid sekadarnya, dia keluar masjid dan mengumpulkan dedaun yang bertaburan di halaman masjid. Sehelai demi sehelai dikutipnya. Tidak satu helai pun dibiarkannya. Tentu saja agak lama dia membersihkan masjid dengan cara itu, padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya. Ramai pengunjung masjid menjadi hiba melihatnya.

Pada suatu hari, takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun itu sebelum nenek itu datang. Pada hari itu, nenek tersebut datang dan terus memasuki masjid. Usai solat, dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya namun dia terkejut kerana tidak ada satu helai pun daun yang berserakan di halaman masjid. Dia kembali ke masjid dan menangis sambil bertanya mengapa dedaun itu sudah disapu sebelum kedatangannya. Orang di dalam masjid menjawab, kerana mereka kasihan melihatnya. "Jika kalian kasihan melihatku, berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya,"jawab nenek itu.
Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpul dedaun yang bertebaran di halaman masjid seperti biasa.

Seorang ulama terhormat diminta untuk menanyakan kepada nenek tersebut mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaun itu. Nenek itu mahu menjelaskan sebabnya dengan dua syarat; pertama, hanya ulama yang mendengar rahsianya..kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika dia masih hidup. Sekarang nenek tersebut sudah meninggal dunia, dan kita dapat mengetahui rahsia itu.

"Saya ini perempuan bodoh, pak guru," tuturnya. "Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya mungkin tidak selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kali saya mengutip helaian daun itu, saya mengucapkan selawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi datang menjemput saya. Biarlah semua daun itu menjadi saksi saya berselawat kepadaNya".

Thursday, August 21, 2008

Sunday, August 17, 2008

Mimpi dan hirisan roti


Tiga orang musafir menjadi sahabat dalam suatu perjalanan yang jauh dan melelahkan; mereka bergembira dan berduka bersama, mengumpulkan kekuatan dan tenaga bersama.

Setelah berhari-hari lamanya mereka menyedari bahawa yang mereka miliki tinggal sepotong roti dan seteguk air di kendi. Mereka pun bertengkar tentang siapa yang berhak makan dan minum bekal tersebut. Kerana tidak berhasil mencapai kesesuaian pendapat, akhirnya mereka memutuskan untuk membahagi sahaja makanan dan minuman itu menjadi tiga. Namun, mereka masih tetap tidak sepakat.

Menjelang malam, salah seorang mengusulkan agar tidur sahaja. Sekiranya mereka bangun keesokan harinya, orang yang bermimpi paling menakjubkan akan menentukan apa yang harus dilakukan.

Pagi berikutnya, ketiga musafir itu bangun ketika matahari terbit. "Inilah mimpiku", kata yang pertama. "Aku berada di tempat-tempat yang tidak bisa digambarkan, begitu indah dan tenang. Aku berjumpa dengan seorang yang bijaksana mengatakan kepadaku, "kau berhak makan makanan itu, sebab kehidupan masa lampau dan masa depanmu berharga, dan boleh mendapat pujian."

"Aneh sekali," kata yang kedua. "Sebab dalam mimpiku, aku jelas melihat segala masa lampau dan masa depanku. Dalam masa depanku ku lihat seorang lelaki maha tahu, berkata, "kau berhak akan makanan itu lebih daripada kawan-kawanmu, sebab kau lebih berpengetahuan dan lebih sabar. Kau harus cukup makan, sebab kau ditakdirkan untuk menjadi penuntun manusia".


Musafir ketiga berkata, "Dalam mimpiku aku tak melihat apa pun, tak berkata apa pun. Aku merasakan suatu kekuatan yang memaksaku bangun, mencari roti dan air, lalu makan di situ juga. Nah, itulah yang ku kerjakan semalam".

Moralnya??.....

Nisfu Sya'ban

DALAM bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''

Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: Siapa yang mohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu … adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehingga terbitnya fajar Subuh."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Di negara kita sendiri, apabila tiba malam Nisfu Syaaban orang ramai digalakkan menghadirkan diri memakmurkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi merebut keistimewaan malam tersebut dengan memperbanyakkan dan meningkatkan amalan. Sekarang ini, cara umat Islam menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaa Siin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaa Siin, dibaca doa. Pada bacaan Surah Yaa Siin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua, diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Oleh itu janganlah kita leka dan lalai dengan kesibukan urusan duniawi semata-mata seperti urusan kerja, pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya sehingga tidak langsung merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini khususnya malam Nisfu Syaaban.

sumber - http://busyralana.blogspot.com/

Saturday, August 16, 2008

di kala bumi menghimpit diri...

DIAM KETIKA AZAN


Kematian itu pasti menjelma..Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari situ,marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Laailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal 'alamin.."

Friday, August 15, 2008

..paku di tiang..

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.


Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, ”Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kejahatan. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini dan setiap kali kau berbuat satu kebaikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini”.


Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari silih berganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat dek kerana hujan dan panas.


Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya.


Mulai detik itu, Mat mula bersembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut.


Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi . Hari demi hari semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnya pun memanggillah anaknya dan berkata, ”Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?” . Mat merenung pada tiang tersebut, bukan rasa gembira yang dilahirkan sebagaimana yang disangkakan oleh ayahnya tetapi dia mula menangis teresak-esak. ”Kenapa anakku?” Tanya ayahnya,”aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku tadi telah tiada.”


Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, ”Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya.”


Sahabat-sahabat yang dimuliakan,

Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu tabiat, kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal..


Dari itu, bilamana kita menyedari diri melakukan suatu kemungkaran atau sedang di ambang suatu kebiasaan yang buruk, maka berhentilah dengan serta-merta kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita sebenarnya telah membenamkan sebutir paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak tercabut.


Wallahua’lam…

Monday, August 11, 2008

.:: nur = cahaya ::.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
-Surah nuur:35-