Wednesday, December 24, 2008

cawan yang cantik :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "kau betul, inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat," ujar datuk.

Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yg dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. Namun, suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. "Stop!Stop!" aku berteriak. tetapi orang itu berkata, “Belum!”. Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

"Stop!Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api.

"Panas!Panas!" teriakku dengan kuat. 'Stop!Cukup!' teriakku lagi. Tetapi orang ini berkata "Belum". Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sejuk. aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop!Stop!", aku berteriak. Wanita itu berkata, "Belum!". lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ida memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas daripada sebelumnya. "Tolong, hentikan penyiksaan ini!," sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala ku lihat diriku.

Wednesday, December 17, 2008

bonda

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bonda. ibu. emak. ummi. mama. mak. mek. semuanya memberikan maksud yang sama. itulah antara panggilan yang biasa diberikan kepada seorang insan yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. terlalu banyak jasanya kepada kita.

sedang saya asyik mengemaskinikan kotak e-mail tadi, saya terjumpa lirik lagu ini. dulu, lagu ini selalu dimainkan ketika program motivasi di sekolah saya. time tu rasa teramat sayu, bila kita betul-betul menghayati setiap patah perkataan yang digunakan dalam lagu ini. sungguh menusuk kalbu. siapa suka lagu ini, angkat tangan!
^_^


Judul : Jasa Bonda
Munsyid : Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

tag daripada auriss haira~~

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

hari ini saya nak siapkan esaimen daripada cik ainul arina nun jauh di sana. hehe :) maaf ye ainul, baru nak buat. jenuh mencari gambar. saya jawab campur2 ni. ada dala
m BI, ada dalam BM. ok, mari baca.

a) Do you think you are hot?
oh tidak..nak terketaq dah ni. Sejuk. Aman suka buka kipas walaupun hujan. :)

b) Upload your favourite picture of you.
wah, soalan killer nih. haha. ok, sat ye.


c) Why do you like that picture?
the complete 4 of us. The only malay & muslim students for my batch. This is because my batch only has 11 persons. Unique, right? *peace*

d) When is your last time you ate Pizza?
wah, lama dah tu. Sebelum final exam yang lepas. Bersama akma, temankan cik norashikin jumpa pelanggan dia. Haila. sekarang anas ajak nak pi makan Pizza kat KB plak.

e) The last song you listen to?
ape ye? Erm.. zamilooni by native deen.. ;)


f) What are you doing right now beside this?

surfing internet. Kemaskinikan kotak e-mail. Makan biskut kacang. Haa! Kacang, banyak faedahnya tau!

g) What name would you prefer beside yours?
nama saya dah cun dah. Terima kasih ummi dan abi, sebab letak nama ni. Saya suka. Pada mulanya susah nak jumpa orang yang sama nama dengan saya. Bila masuk sekolah menengah, dah mula ada dah. Nama dia nuha bt awang. dan sekarang,ramai dah saya jumpa orang nama nuha. Ainul pun cakap junior dia ada nama nuha. Wah, saya ada kembar kat Jordan! hehe :) dan, nama bunga2 jugak saya suka..


h) People I tag..
jom kita tengok giliran siapa pulak lepas ni. .
1.Nadiah
2.Syu
3.Ummu

4.Akma
5.Safiyyah

i) who is number one?

adik kecik. Haha~ dak aih, seorang teman. :). nadiah, nak tag awak jugak. buatla bila ada kelapangan ya.


j) Number 3 is having relationship with?

jeng jeng jeng, ramai tau orang yang bertuah itu. antaranya syu, fatin, najwa dan sya. Ni la dia best friends ummu kat sini, kan kan?


k) Say something about no 5
dentist-to-be. insyaAllah. Seorang yang berjiwa seni. Sekali dia tulis sajak, fuuuh..terpana seketika!!


l) How about number 4?
Kawan dari usm. Kenal time majlis graduasi usm tahun 2006. pada mulanya, kawan kepada kawan saya..
p/s: kema, ini esaimen awak untuk semester depan ye. hihi.


m) Who is number 2?

nama dia nurul syuhaida. Dia belajar di salah satu IPTS kat penang. Sekarang tahun dua., nak masuk semester dua. Nice and happy-go-lucky is my impression to her. Hai, syu.. jangan terbang tinggi2 naa.. :) oh syu, tag kamu nanti saya buat di sana ya!
Smile

Sunday, December 7, 2008

salam aidil adha 1429H




:: salam 'idul adha kepada semua!
:: selamat menghayati erti pengorbanan.. :)

********************

nota --> di sini ada sedikit info tentang khasiat daging kambing : terapi kambing

Tuesday, December 2, 2008

train the brain~ =)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


pernah buat test ni tak?

jom buat..ia menarik! ^^

arahan : sila lihat dan sebutkan WARNA yang berada pada perkataan tersebut..

senang tak? siapa kata ya, angkat tangan! :)
ini adalah salah satu konflik antara otak kanan dan otak kiri..otak kanan akan cuba menyebut warna yang berada pada perkataan tapi otak kiri akan cuba membaca perkataan tersebut..

selamat mencuba!! semoga berjaya! :)

Friday, November 28, 2008

cuti yang ada kenduri

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini, saya mendapat jemputan walimah yang kedua, daripada senior saya..Nama dia Wan Nur Hafizah Wan Aziz.. InsyaAllah, walimahnya akan diadakan pada 11 Disember ini bersamaan 13 Zulhijjah (raya keempat). Pada hari yang sama juga, majlis menyambut menantu diadakan di rumahnya. Maksudnya, walimahnya akan diadakan bersama dengan majlis menyambut menantu (along)..hai, save budget..hari tasyrik pulak tu..hehe :) Kak fizah ni senior saya kat mmpp dulu. Dia exco BAKIS..sekarang dia belajar kat UIA.. Kawan saya cakap, ramai la budak2 UIA kahwin awal..Tapi, budak2 oversea pun ramai gak kahwin awal. betul tak? erk. sebab jodoh diorang dah sampai,kan?

Kad jemputan yang pertama saya terima daripada Nor Haizan bt Ghazali @ Ismail..Pada tarikh yang sama jugak..Kak je ni pun senior saya time belajar kat mmpp dulu..Dia pun pustakawati juga..Tapi, lepas PMR dia sambung belajar kat KISAS..lost contact sat..Hari tu jumpa dia balik kat Dewan Jubli Perak. Dia handle program kat situ.. wah, lama sungguh terputus hubungan ..bila dah jumpa mestila nak eratkan balik, kan? Dia cakap dulu dia matrik kulim, sekarang ambik farmasi kat ukm..eh eh, sama la..dulu saya matrik kulim jugak..sekarang pun ambik pharma jugak. Tu yang lagi erat tu.. hehe ;) Saya masih ingat lagi, masa final exam antimicrobial therapy kot, saya tanya banyak benda sangat kat dia..terutamanya drug-drug interaction, patophysiology.. sebab dr.syed suka tanya soalan2 macam tu..pastu tu dia cakap : terer la kak je pasal ubat2 nih, nuha asyik duk tanya..haha :D

Saya tanya kak je, apa warna tema majlis dia? Kak je cakap ungu..adoi~ baju ungu saya tak bawak balik. Tinggal kat penang la. Macam mana nih? Saya tanya ni sebab teringat time kak nadia hamimah a.k.a. kak ya kahwin hari tu, warna temanya adalah peach..bersemangat betul saya nak pi, sebab dah lama tak jumpa kak ya, laila dan nawal..tup tup bila sampai tarikhnya, saya tak boleh balik pulak..ada kerja kat penang..so, boleh tengok gambar je la.. isk isk :(

p/s : harap harapnya 11/12 tu tak hujan. Sebab sekarang musim hujan..nanti jadi pengantin hujan pulak.. :) air sungai golok pun dah naik ni..haiz~

***********************
tadi masa bukak fs jap, check friend update..wah! nadiah suhane sudah kahwin., mabruk! :) moga bahagia hingga akhir hayat! nadiah ni second year student pharma UIA kalau tak silap..saya respect la kepada sesiapa yang kahwin time belajar..sebab kahwin masa belajar perlukan komitmen yang tinggi.. kan kan?

Wednesday, November 26, 2008

a story to remember

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

alhamdulillah, siap sudah marking paper dan semua markah sudah dihantar ke sekolah untuk didatakan..dan saya? mendapat satu pengalaman baru.. :D

semalam, sedang saya asyik membelek buletin sekolah yang pernah dikumpul dahulu, terjumpa satu cerita.. mungkin anda semua pernah membaca cerita ini..tetapi, nak jugak saya selitkan di sini.. semoga bermanfaat.. :)

*****************************************************

Muniba, a young Muslim university student, was home for the summer. She had gone to visit some sisters one evening and the time passed quickly as each shared their various experiences of the past years. She ended up staying longer than she had planned. Evening came and Muniba had to walk alone home but she was not afraid because it was a small town and she lived only a few blocks away. As she walked along under the tall elm trees, Muniba asked Allah to keep her safe from harm and danger. When she reached the alley, which was a shortcut to her house, she decided to take it.

However, halfway down the alley she noticed a man standing at the end, as though he was waiting forher. She become uneasy and began to pray, asking for Allah’s protection. Instantly a comforting feel of quietness and security wrapped around her. She felt as someone was waking with her. When she reached the end of the alley, she walked right past the man and arrived home safely.

The following day, she read in the paper that a young girl had been raped in the same alley, just twenty minutes after she had been there. Feeling overwhelmed by this tragedy and the fact that it could have been her, she began to weep. Thanking the Lord for the safety and to help this young girl, she decided to go to the police station. She felt that she could recognize the man, so she told them her story. The police asked her if she would be willing to look at the line up to see if she could identify him. She agreed and immediately pointed out the man she had seen in the alley the night before.

When the man was told he had been identified, he immediately broke down and confessed. The officer thanked Muniba for her bravery and asked if there is anything they could do for her. Se asked if they could asked the man one question. Muniba was curious as to why he had not attacked her. When the policeman asked him, he answered, “Because she was not alone. She had two tall man walking on either side of her.”

so --> NEVER UNDERESTIMATE THE POWER OF PRAYER!

He, who loses money loses much. He, who loses a friend loses more. He, who loses faith loses all. May Allah guide us to the truth and keep us all on the straight path. Ameen..

Wednesday, November 19, 2008

t u g a s b a r u


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini masuk hari ke-empat saya berada di rumah..Sepanjang berada di rumah selama empat hari ini, saya mendapat tugas baru..iaitu marking paper BA tingkatan 1..sebanyak 4 kelas bersamaan dengan 120 skrip jawapan perlu saya tanda..sepanjang proses marking paper tu, pelbagai jawapan saya jumpa yang membuatkan saya pening untuk memberi markah.. ada yang tiru bulat-bulat soalan yang ditanya..macam ada satu soalan ni, arahan meminta supaya translatekan angka ke dalam perkataan..contohnya 20 = ‘isyruuna..tapi ada juga yang tulis balik angka tu dalam bentuk angka yang ditranslatekan ke dalam angka arab..adeih~ dan ada juga yang sempat melukis watak kartun di atas skrip jawapan itu..hai, macam-macam la..kadang-kadang nak tergelak juga la saya baca skrip jawapan mereka ni..hehe :) ..

Bila saya mula rasa pening kepala untuk memberi markah, maka saya akan berhenti sebentar supaya tidak mengganggu proses pemberian markah.. kecuali semalam, kerana saya sudah menetapkan untuk meyiapkan proses marking pada hari itu juga.. dan, akhirnya semua skrip telah siap ditanda.. alhamdulillah..selepas ini, proses mengira markah pula.. semoga cepat siap.. hehe :)

Apabila bercerita tentang ini, teringat bahawa saya baru sahaja selesai ujian akhir semester pertama pada 14hb yang lalu..Terimbas kembali jawapan yang saya tulis untuk soalan-soalan yang ditanya..dan terfikir, mesti pening juga pemeriksa untuk marking paper saya,ya..baru terfikir kerana baru merasai betapa seksanya untuk menghabiskan marking paper yang banyak tu..harap-harapnya pemeriksa dalam keadaan yang baik ketika memeriksa kertas-kertas kami..hehe :) ..

Moralnya: berusahalah untuk menjawab soalan sebaiknya supaya pemeriksa tidak pening dan senang untuk memberi markah nanti.. satu lagi, tulisan kenalah jaga biar sentiasa kemas, agar pemeriksa tu rasa seronok je baca jawapan kita,kan? (ni pengalaman saya memeriksa kertas tingkatan satu la..faham faham sendirilah macam mana tulisan pelajar tingkatan satu.. pening, pening..tapi ada jugak yang lawa, seronok membaca!! :) )

Tuesday, November 18, 2008

90 soalan~~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Akhirnya dapat juga saya membayar hutang akma..maaf ye, cik akma..lama menunggu..sejak akhir-akhir ini agak sibuk la.. Semoga awak berpuas hati membaca jawapan ini.. hehe :)

[01] Real name : seperti yang tercatat kat ‘about me’.. hehe :) selebihnya, nanti nak tunjuk ic..nampak tak? haa..beres dah..

[02] Nickname : NaiLoFaR

[03] Status : melawan bakteria yang menyerang badan.. *demam*

[04] Zodiac Sign : Kala

[05] Gender : muannas

[06] Age : dah tua dah..kat depan ada angka dua dah..

[07] High School : bangunan sekolah paling tinggi, empat tingkat..kat maahad dulu..

[08] College : Island College of Technology

[09] Height : 5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+5+4+4+4+1 = ???

[10] Weight : beg balik kampung ka? Berat gak la..dalam 10kg kot.. hehe :)

[11] Do you like yourself : of course..bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh ALLAH

[12] Piercings : tunggu encik kamus mencari jawapannya dulu..

[13] Right or left : or ?

[14] Are you a freak : alamak, kamus saya tak jumpa cari..

[15] Hair : sama dengan adik-adik saya..

[16] Skin : warna kulit org Malaysia..

[17] Allergic : sayur..aaa.. masih xboleh makan sayur lagi nih..

[18] What are you doing now : bak kata nadiah, menyiapkan assignment alam maya yang diberi oleh cik akma..

[19] What will you doing 1 hour later : membuang sawang yang sudah lama bermastautin di blog saya ni.. adeih~

[20] What will you doing 10 years later : insyaAllah, buka kedai sendiri..hehe :)

THE FAMILY

[21] Live with mother/father/parents/family : keluarga

[22] Siblings(included you) : sittah = six = enam

[23] Eldest : she

[24] Youngest : Ahmad Aman Abadi

[25] Love/hate your family : amour


THE LOVE

[26] You found your another half : iyye...

[27] If yes, who is he/she : them

[28]Who you want he/she to be : mereka la

[29] Time(s) you in relationship : berbeza-beza masa

[30] Ever woo boy/girl : ???

[31] Anyone woo you before :

[32] Did anything wrong to your other half : no wrong

[33] What was/were the wrong you had done : were

[34] Ever argue with your other half : pernah.. hehe :)

[35] You with your other half since : masanya berbeza

[36] Are you straight/lesbo :

[37] Reasons you love your other half : love is blind.. ekeke ;)

[38] You and your other half in which stage : ummi ajak makan nasi ni.. abi duk ngadap komputer,di alam maya..aman duk main helikopter bersama anas..muna, shifa’ dan nabli --> tak jumpa teropong nak tengok mereka duk buat apa nun jauh di sana..

[39] You woo he/she or he/she woo you :

[40] Ever think of marry he/she : yes, lambat lagi la..tapi mizah cakap jangan lama-lama sangat..adeih~


THE FRIENDS

[41] Your first best friend : adik saya

[42] Your first enemy : tak baik bermusuhan sesama muslim,kan kan?

[43] The friends you love the most : ramai sangat

[44] The enemy you hate the most(1only) : dah jawab tadi, lebih kurang sama la jawapan dia..

[45] Your most beautiful girl friend : semuanya cantik.. :)

[46] Your most handsome boy friend : adik saya la.. haha :D

[47] The kind of girl you hate the most :

[48] The kind of boyl you hate the most :

[49] You fall in love with your close friend before : ukhuwwah fillah..uhibbukunna~

[50] Your best friend is your ex-lover : nope

[51] If your friend backstabbing you : insyaALLAH..semua kawan2 saya baik2..ameen..

[52] If your friend betray you : sabar itu sebahagian daripada iman..

[53] If your friend woo your lover : woo itu apa? adeih~ malas nak bukak kamus la.. hehe :)

[54] If your friends fall in love with you : kawan yang mana satu ni?

[55] If you fall in love with your best friend : erk.. takde..


THE STUDIES

[56] Are you a good student : yang ni kena tanya lecturer.. good la kot.. ;)

[57] You always done your homeworks/assignments : ya dan insyaAllah..

[58] The teacher/tutor you love the most : all of them with their own way..

[59] Always late to school/college : pernah jugak la.. hehe :)

[60] Your class : banyak..latest dewan mutiara..exam hall..

[61] You love your seniors : yup..

[62] Senior who you love the most : ramai.. antaranya kak je, kak sarah, kak yati..

[63] Your classmates good/bad : bagus bagus semuanya....

[64] Excellent result classmate : dean list..waa, tabik sama dia!!

[65] Laziest classmate : hurmm..


THE PEOPLE

[66] Smart people : nak fikir jap..

[67] Stupid people : ade ke? Setiap orang dianugerahkan keistimewaan yang tersendiri, kan? Dia kena carila keistimewaan dia untuk menjadi manusia yang unik..

[68] Good looking people : ayah saya.. hehe :)

[69] Ugly people : semua ok je..

[70] Funny people : kartun la..

[71] Cute people : upin dan ipin..chumil la diorang nih..

[72] Bad people : badman...

[73] Honest people : sape2 yang jujur la..kan?

[74] Acting people : ....

[75] You are what kind of people : tanya adik..dia mesti tahu..


THE PREFER

[76] Lip or eyes : or

[77] Hugs or kisses : cium tangan mak ayah lepas solat tadi..hehe :)

[78] Shorter or taller : tengah tengah ada tak?

[79] Hesitant or spontaneous : dua2 ??

[80] Nice stomach or nice arms : or tetap menjadi pilihan saya..

[81] Listener or talker : listener..

[82] Romantic or rich : ustaz su mendoakan saya dapat yang romantik..hehe..semoga terkabul doanya itu.. :)

[83] Good husband or Good father : both..


THE FUTURE

[84] Age to get marry : bila sampai jodoh..insyaAllah..

[85] Numbers of kid(s) : eh??.. tak rancang lagi la..

[86] Career : pharmacist.. ameen..

[87] Salary : RM 5000..ok dah kot.. hehe :)

[88] Retirement age : kerja selagi boleh kerja...

[89] Properties value : Cukup untuk hari tua...

[90] Wishes : nak jumpa kawan-kawan lama..nak buat reunion la.. :)

Mahu tag si dia --> nadiah,
sebab dia suka update blog dia..ampun ya nadiah..hehe :)

Wednesday, November 5, 2008

~!! surprise !!~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Baru buka blog petang tadi, ada sorang kawan tulis kat shoutbox:
kak nuha, singgah blog ore deh..ambik hadiah..
ingatkan hadiah ape la..rupa-rupanya ada cik tedi yang chumil ni.. :)

Jangan jadi seteguh karang, kerana seteguh-teguh karang kan mati jua akhirnya, malah tika hidup pun ada yang kecewa, terdampar di pantai masih berwarna.
Jadilah seteguh masa, tidak menoleh kebelakang walau seketika. Tidak kecewa dan berundur walau apa jua. Tidak henti ke hadapan walau apa jua rintangan.


Angel kepada cik akma :
terima kasih daun keladi,
tahun depan boleh bagi lagi ye.. :D

Tuesday, November 4, 2008

mari bersama saling mengingatkan~

SELAMATKAN DIRI DARIPADA API NERAKA

Islam yang hanif memandang masing-masing di antara muslimin dan muslimat sebagai pasangan yang dengan keduanya kehidupan manusia berjalan beriringan tanpa melebihkan yang satu di atas yang lain dari segi nilai kemanusiaanya. Firman Allah swt:

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al: Hujurat: 13)

Yang menjadi ukuran di sisi Allah swt adalah amal soleh. Allah juga telah menjelaskan bahawa lelaki dan wanita dituntut untuk melaksanakan tugasnya masing-masing.

.. agar tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan..(Al-Jathiyah: 22)

Wanita dikuasai oleh naluri perasaan dan cepat beremosi. Kerana kekurangannya itu, maka dituntut bantuan orang lain. Sebagaimana diterangkan Allah swt dalam firmanNya:

Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatkan yang lain.
(Al-Baqarah: 282)

Wahai saudari muslimahku, sekarang kita perhatikan wasiat Nabi SAW, agar kamu memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Iman adalah perkataan, amal dan akidah dapat berkurang dan bertambah kerana ketaatan dan kederhakaan kepada Allah swt. Allah telah mensifati orang-orang yang beriman dengan firmanNya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (keranaNya) dan kepada Tuhannyalah mereka bertawakkal iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Anfal: 2-3)

Wasiat Rasulullah saw:

.kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu semua.

Maksudnya dari wasiat tersebut, Allah telah memperlihatkan tentang wanita kepada Rasulullah saw pada malam Israk. Rasulullah saw telah menyaksikan neraka di mana ramai para wanita menjadi penghuninya. Ini kerana sabda Rasullah saw:

.kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga. Banyak melaknat, maksudnya salah seorang di antara kamu selalu melontarkan laknat. Dan mengingkari keluarga bermaksud, mengingkari hak suami.

Dan mintalah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(al-nisa':106)

Allah menjelaskan bahawa barangsiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya sendiri dengan melakukan hal-hal yang membuatkan Allah marah, maka tidak ada jalan lain baginya kecuali memohon ampunan kepada Allah dengan taubat nasuha.

Hassan al- Basri berkata:

Perbanyak istighfar di rumahmu, di majlismu, di pasarmu dan di jalanmu. Kerana kamu semua tidak tahu bila maghfirah itu turun.

(Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW utk wanita)

sumber artikel : http://fauzynm.e-belia.net/

Saturday, November 1, 2008

apabila umur bertambah~~


Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Tariklah nafasmu,
Nikmatilah kesegaran semesta
Pasanglah telingamu,
Hayatilah bunyian merdu mergastua
Kemudian bukalah matamu,
Kagumilah kebesaran Maha Pencipta
Sungguh, tidakkah kau menyedari
Lagu ceria alunan seisi semesta
Meraikan detik bersejarah kelahiranmu

Mungkin kau tertanya-tanya
Mengapa salam kelahiran ke dunia
Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran
Namun teman,
Usahlah kau dicengkam kepelikan
Atau diburu sejuta persoalan
Kerna kelahiran baru saja menjemputmu
Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun

Ruh baru usai menempati jasadmu
Tatkala langsung kau dakap fitrah insani
Lalu serentak itu
Kau sirnakan segala belenggu kematian
Sedarlah betapa perjalanan hidupmu
Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar
“Aku benci jahiliyyah”
“Jahiliyyah bukan cara hidupku”
Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam

Hidup tanpa perhiasan iman
Dan juga pakaian takwa
Bukanlah suatu penghidupan hakiki
Sekadar pergerakan jasmani tak bererti
Kerna ruh sebenar ialah semangat islami
Yang dengannya kau bernafas kini
Tanpanya,
Manusia itu laksana robot-robot
Berjasad tapi tak bernyawa
Walau zahirnya lincah ke sana ke sini

Usahlah kau bermuram durja
Dengan penghidupan serba baru ini
Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh
Masih terlalu panjang
Sepanjang usia alam dan seisinya
Lantaran hidupmu bersama hakikat iman
Walau jasadmu hancur ditelan bumi
Namun ruhmu subur disirami semangat islami

Selamat lahir ke dunia ini wahai teman
Untung sekali,
Antara sekian ribuan kau jadi pilihan
Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini
Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran
Justeru untuk kembali kepada kebinasaan
Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam
Sedang kecenderungan pada jahiliyyah
Adalah petanda jelas kematian..

Tuesday, October 28, 2008

sharing is caring~

Bismillahirrahmaanirrahiim

Minggu ni start study week bagi kebanyakan universiti di Malaysia..samalah dengan saya..paper saya start 3hb berakhir pada 14hb..ada sehari gap antara paper..doakan saya!!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan semoga berjaya untuk semua sahabat2 saya..dan sudilah kiranya kalian menerima kad ini ye..hehe :)
:: el-biruni ::
:: khalilah ::
:: akma ::
:: nadiah ::
:: aminah ::
:: izzati ::
:: hamasyie - exam jugak,kan? ::
:: pengunjung blog ini yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi ::

snanye saya dapat kad ini daripada salbani tadi time ym dengan dia..hehe..disebabkan kad ini saya rasakan special, so saya nak kongsilah dengan sahabat2 yang lain..boleh kan, sal? ;)

**********
:: all da best, ya!! ::

*********

jadual exam sem ini..doakan saya!!

Sunday, October 26, 2008

Hold on to your dreams


Did you know?
That every star
That shines
In the midnight sky
Is waiting there for you
As each day
Goes passing by?
For, they are yours
For the taking
All you need
Is self-believe…

..and the ability to see the setbacks
Have solutions just beneath..

So, never let your dreams pass by
For, they are there for you to see
That, if you focus on your goals,
You’ll be all you’re meant to be.
So, nurture them with all your heart
Leave all your doubts behind
And you simply won’t believe
The success you then will find!

Tuesday, October 21, 2008

c.i.n.t.a. teragung




Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur

Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petanda ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia

Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah
Ya Allah

Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segala
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

PadaMu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu

Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
Allah disembah

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tersergam indah
Bukti adaMu..wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
Ya Allah

Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segala
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya 'Azim

PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia..

Wednesday, October 15, 2008

:: gadis itu ::

Bismillaahirrahmaanirrahiim

sudah lama blog ini tidak di 'update'..masa terasa begitu sempit..begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini..entri kali ini saya edit daripada blog kawan saya..di sini..mintak izin ye yani.. :)

Khas buatmu wahai gadisku..



SeOraNg GaDis ItU ...
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati ...
Telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya,
Dalamnya ada air,
Sehangat cinta,
Sejernih suka,
Sedalam duka,
Ceritera hidupnya...

SeOraNg GaDis ItU ...
Hatinya penuh manja,
Penuh cinta, sayang semuanya,
Cinta untuk diberi ...
Cinta untuk dirasa ...
Namun manjanya
Bukan untuk semua,
Bukan lemah,
Atau kelemahan dunia ...
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah,
Bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia ...
Begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada
Jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini ...
Dari indahnya jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap ni'matNya ...

SeOraNg GaDis ItU ...
Perlu ada yang membela,
Agar ia terdidik jiwa,
Agar ia terpelihara ...
Dengan kenal Rabbnya, Dengan cinta Rasulnya ... Dengan yakin Deennya, Dengan teguh aqidahnya, Dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, Dalam ketaatan penuh setia . Pemelihara maruah dirinya, Agama, keluarga & ummahnya ...

Wednesday, October 8, 2008

tag men'tag' eratkan ukhuwwah.. :)

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Lame dah kena tag ni..nadiah yang tag tapi tidak berkesempatan untuk menjawabnya..hari ini, setelah bersusah payah (hehe..hyperbola je nih) akhirnya siap jugak esaimen alam maya nih..

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
ape ye? Laptop kot..hehe..

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
mi tomyam..untuk makan malam lepas balik makmal tadi..

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
ermm..di mana ya? Still thinking..antartika boleh? :D

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
selagi masih ada kasih..hihi ;)

5. Adakah anda di lamun cinta?
yaya..dengan novel..

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoran Syam kot kat KB..makan bersama femili lepas balik walimah hamizah..kenyang betul..mane tak nye, baru je lepas makan kt walimah tu, pergi plak sambung kat restoran..abi n ummi beriya-iya ajak nak makan sekeluarga..lagipun dah lama xmakan bersama femili kat luar.. :)

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
majalah i bulan oktober 2008 bilangan 72..tapi xsempat nak baca lagih..tadi baru lepas kuiz pharm practice..ohoho..

8. Apakah nama penuh kamu?
tak ingat daa..nanti nak balik tanya ummi..hehe..

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak.umi.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
hurmm..sape ye? ;)

11. Christina atau Britney?
Ada pilihan lain tak? Boleh buka talian hayat?..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Duk hostel mestila basuh senirik..hehe..

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
tempat yang mendamaikan jiwa..menyejukkan mata..kat mane ye?

14. Pelukan atau ciuman?
di pagi raya, cium tangan mak ayah..hehe..

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Saya panggil die dengan nama nadiah, tapi ada orang panggil dengan nama nad..btol x? ;)
Dulu dia duk asrama, pakai tudung coklat gelap..
Dia berkaca mata..skrg ni amek audiologi kt usmkk..
Suka dengan nasheed daripada Native Deen
suka senyum..sayang die !! :)

16. 8 perkara yang amat saya gilai
Nasheed..
Kek coklat especially kalau dapat free.. :)
Chocolates (im chocolaholics!!)
Novel especially karya kang abik, zaid akhtar.. (kerana saya memiliki novel terlaris mereka!!)
Upin dan ipin (comel betul diorang nih ^^)
Jalan jalan cari kawan + pengalaman (ni boleh jumpe blog nadiah nih ^_~)
kumpul artikel yang best best
kumpul mutiara kata

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
ye ke?
ok
ye la kot
ntah
yup
hurmm
eh
jap jap

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Al-Qur'an (kire jugak kan?)
Notes pharm practice (sebab tadi ada kuiz..huhu)
Salju Sakinah
La Tahzan (masih dalam proses)
Kembara Atiq Wazif : Satu Anugerah
Aku Terima Nikahnya..haih~
a thousand splendid suns (baru lepas skimming..nk tahu plot citer)
pharmacotherapy handbook..suke akan ia.. :D

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Alunan kalamullah daripada Saad Al-Ghamidi (boleh dikira jugak,kan?)
"Lihatlah ke dalam hatimu percikan cahaya yang akan membara menjadi penerang segala yang di depanmu..”
"Sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan menghadapi hidup ini.."
"semakin jauh ku dariMu..semakin dekat pula Kau menghampiri daku.."
"syakautu ila waqi ‘in suu a hifzi..wa arsyadani ila tarkil ma’aasi..wa akhbaroni bi annal ‘ilma nuurun.. wa nuurullahi la yuhda lil ‘aasi.."
"lihat bulan dan bintang menerangi dunia betapa agung kerajaanNya..lihat pula lautan sang suria di atasnya..semua akur pada Yang Esa.."
"when i was born the first words that i had heard were the words of Allah being whispered thru my ears.."
"manis wajahmu ku lihat di sana apa rahsia yang tersirat tapi zahirnya dapat ku lihat mesra wajahmu dengan senyuman.."
"analisa analisa analisa siapa kita.."
"i want to change the world.." – ini pengaruh kartun daripada adikku, aman..suke dengar lirik ni.. :p

~ alamak,yang ni lebih la plak..hehe..~

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
*adeih~ nak jawab ape nih..*
Dont judge the book by its cover
hidup in satu kembara..to our final abode..
be strong, yeah!!
senyum itu penawar duka
ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..
Badan sihat otak cerdas..~pernah dengar tak ayat ni?..hehe.. :)
ukhuwwah itu indah andai lillah
setiap orang ada kelebihan masing-masing

20. Mari mengetag 8 orang lain.
akma..boleh kan? :)
widad..masih bersemangat tu..
safiyyah..
khairani..
sape2 je la yang nak buat..hehe.. ;)

p/s: nadiah, hutang knuha dah langsai..yeay!!..

Saturday, September 27, 2008

Ramadhan dan syawal..



Ramadhan semakin berlalu..
bagaimanakah kita setelah sebulan di madrasah Ramadhan?
beruntungkah?
rugikah?
semuanya bergantung kepada diri kita..

Ramadhan..
satu nasib tak serupa,
peluangnya sama,natijah berbeza,
Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa diawal zaman,

Ramadhan kami malam terbuang,
Mukmin berdosa diakhir zaman..

Mereka gembira dengan kedatangannya,
Kami gembira dengan pemergiannya,
Malam mereka meriah disimbah nur al-quran,
Malam kami lena dibuai dengkur…

Mereka berlumba mengejar kemaarufan,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa…

Takbir mereka takbir kemenangan,
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan,
Takbir kami lesu tak bermaya,
Tanda kalah lemah tak berdaya,
Puasa sekadar lapar dan dahaga…


akhiirul kalam..selamat menyambut Syawal yang bakal tiba..
>> maafkan segala salah dan silap <<

Saturday, September 20, 2008

The Pencil Maker

The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box. There are 5 things you need to know, he told the pencil, before I send you out into the world.

Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be.

ONE: You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in Someone's hand.

TWO: You will experience a painful sharpening from time to time, but you'll need it to become a better pencil.

THREE: You will be able to correct any mistakes you might make.

FOUR: The most important part of you will always be what's inside.

FIVE: On every surface you are used on, you must leave your mark.

No matter what the condition, you must continue to write. The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.



Now replacing the place of the pencil with you; always remember them and never forget, and you will become the best person you can be.

ONE: You will be able to do many great things, but only if you place your Trust in Allah.

TWO: You will experience a painful sharpening from time to time, by going through various problems, but you'll need it to become a stronger person.

THREE: You will be able to correct any mistakes you might make.

FOUR: The most important part of you will always be what's on the inside.

FIVE: On every surface you walk through, you must leave your mark.

No matter what the situation, you must continue to do your duties. By understanding and remembering, let us proceed with our life on this earth having a meaningful purpose in our heart ..

Friday, September 19, 2008

Saturday, September 13, 2008

cintanya padaku...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

"Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

"Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Tuesday, September 9, 2008

peringatan buat diri



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Sunday, September 7, 2008

warna warni ke.H.I.D.U.P.an


Sering mengalami masalah sakit kepala atau tertekan? Tahukah anda warna juga mampu mengurangkan masalah tersebut..


HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA : WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA : WARNA BIRU
Rasa tertekan? Cuba fokuskan mata kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransang suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah ”screen saver” komputer kepada warna-warna yang dapat membuatkan kita tenang dan kurang rasa tegang.

ELAKKAN INSOMNIA : WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam, apa kata cuba petua ini. Hiasi bilik tidur dengan warna merah jambu. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa..

CERIAKAN MOOD : WARNA JINGGA
Apabila terasa murung dan berusaha untuk mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga. InsyaAllah, pasti mood akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN : WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah mata pula, cuba perhatikan kehijauan alam ini seberapa kerap yang boleh..(petua ini berkesan kepada kawan saya) :)

Jom kita cuba !!

Tuesday, September 2, 2008

selamat..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menyiapkan beberapa assignment..hari ini juga ada oral speaking utk subjek LHP456 (spoken english)..tetapi sempat sedikit masa ini dicuri untuk posting entri ini.. :D

Bersamaan dengan hari kemerdekaan pada 31 ogos yang lepas, 2 orang penting dalam hidupku menyambut hari istimewanya iaitu ummi dan sahabatku, nur hamizah..

Kepada ummi, kak ucapkan selamat hari lahir..semoga dipanjangkan umur dalam keta'atan padaNya dan dimurahkan rezeki yang halal.. ;)


Kepada sahabatku, nurhamizah bt mohd shariff..selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama..semoga kebahagiaan menjadi milikmu.. :)