Sunday, September 7, 2008

warna warni ke.H.I.D.U.P.an


Sering mengalami masalah sakit kepala atau tertekan? Tahukah anda warna juga mampu mengurangkan masalah tersebut..


HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA : WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA : WARNA BIRU
Rasa tertekan? Cuba fokuskan mata kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransang suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah ”screen saver” komputer kepada warna-warna yang dapat membuatkan kita tenang dan kurang rasa tegang.

ELAKKAN INSOMNIA : WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam, apa kata cuba petua ini. Hiasi bilik tidur dengan warna merah jambu. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa..

CERIAKAN MOOD : WARNA JINGGA
Apabila terasa murung dan berusaha untuk mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga. InsyaAllah, pasti mood akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN : WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah mata pula, cuba perhatikan kehijauan alam ini seberapa kerap yang boleh..(petua ini berkesan kepada kawan saya) :)

Jom kita cuba !!

3 comments:

sarah said...

seronoknya..tak tau nak pilih warna mana.


p/s: terharunya akak awak letak ni:

Kak sarah pesan,

What u want is not always what u need..
Allah never fails to grant our petitions..
So, keep on going for Him
without doubting or murmuring..
Today's thorn is tomorrow's flower..
Allah gives the very best for those
who leave the choices up to Him..

hmm..tk sangka, tk sangka..(bercucuran air mata..)

hehe.take care ya sista~

Anonymous said...

best kata-kata tu..
^_~

NUHA said...

alamak, akak..
xde wrne coklat la..
hurmm..
wrna coklat bagus utk ape ye?
utk seseorang yg special seperti akak..
u inspires me~ ;)