Sunday, August 29, 2010

batu kecil


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Seorang pekerja projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat, dia harus menyampaikan pesanan penting kepada teman kerjanya yang berada di bawah. Pekerja itu berteriak-teriak, tetapi temannya tidak mendengar teriakannya disebabkan oleh suara bising daripada mesin-mesin dan orang yang bekerja, sehingga menjadikan usahanya itu hanyalah sia-sia.

Untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, dia cuba melemparkan wang syiling ke hadapan temannya. Temannya berhenti bekerja, mengambil wang itu lalu bekerja kembali. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba dia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu dilemparkan ke arah temannya itu. Batu itu tepat mengena kepala temannya. Kerana merasa sakit, temannya menengadah ke atas. Dan sekarang, pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanan kepada temannya itu.






-------------------------------------------

Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu ingat padaNya, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

3 comments:

Silver_Thought said...

subhanallah...macam2 boleh kite ambil contoh kalau kte berfikir..terima kasih mengingatkan saya ~

Anonymous said...

Satu peringatan yang bagus...

nuha said...

citah:
:) sama2, moga kita sentiasa mengingatkan~

anon:
moga bermanfaat..