Wednesday, November 19, 2008

t u g a s b a r u


Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini masuk hari ke-empat saya berada di rumah..Sepanjang berada di rumah selama empat hari ini, saya mendapat tugas baru..iaitu marking paper BA tingkatan 1..sebanyak 4 kelas bersamaan dengan 120 skrip jawapan perlu saya tanda..sepanjang proses marking paper tu, pelbagai jawapan saya jumpa yang membuatkan saya pening untuk memberi markah.. ada yang tiru bulat-bulat soalan yang ditanya..macam ada satu soalan ni, arahan meminta supaya translatekan angka ke dalam perkataan..contohnya 20 = ‘isyruuna..tapi ada juga yang tulis balik angka tu dalam bentuk angka yang ditranslatekan ke dalam angka arab..adeih~ dan ada juga yang sempat melukis watak kartun di atas skrip jawapan itu..hai, macam-macam la..kadang-kadang nak tergelak juga la saya baca skrip jawapan mereka ni..hehe :) ..

Bila saya mula rasa pening kepala untuk memberi markah, maka saya akan berhenti sebentar supaya tidak mengganggu proses pemberian markah.. kecuali semalam, kerana saya sudah menetapkan untuk meyiapkan proses marking pada hari itu juga.. dan, akhirnya semua skrip telah siap ditanda.. alhamdulillah..selepas ini, proses mengira markah pula.. semoga cepat siap.. hehe :)

Apabila bercerita tentang ini, teringat bahawa saya baru sahaja selesai ujian akhir semester pertama pada 14hb yang lalu..Terimbas kembali jawapan yang saya tulis untuk soalan-soalan yang ditanya..dan terfikir, mesti pening juga pemeriksa untuk marking paper saya,ya..baru terfikir kerana baru merasai betapa seksanya untuk menghabiskan marking paper yang banyak tu..harap-harapnya pemeriksa dalam keadaan yang baik ketika memeriksa kertas-kertas kami..hehe :) ..

Moralnya: berusahalah untuk menjawab soalan sebaiknya supaya pemeriksa tidak pening dan senang untuk memberi markah nanti.. satu lagi, tulisan kenalah jaga biar sentiasa kemas, agar pemeriksa tu rasa seronok je baca jawapan kita,kan? (ni pengalaman saya memeriksa kertas tingkatan satu la..faham faham sendirilah macam mana tulisan pelajar tingkatan satu.. pening, pening..tapi ada jugak yang lawa, seronok membaca!! :) )

12 comments:

azizi said...

ade cite lawak la jgk...
tlg member marking paper bhs arab darjah 6 rasenye.
soalan dia soh jawab betul atau salah, yang bagusnya bdk ni, dia jawab atau kat jawapan dia tu. mau tak gelak sampai tak ingat dunia dibuatnya. mmmm...mcm2. tp kadang2 sedih jgk sampai tak tau lansung.

Ainul Arina Madhiah said...

eh, pharmacist to be berlatih jadi cikgu ke? hehe... selamat merasai perit jerih seorang guru ye nuha.. ^_^

NaiLoFaR said...

azizi:
ha? ada jugak jawab begitu? kreatif gak diorang nih..hehe :)

memang sedih jugak bila skrip tu ditinggalkan kosong..kalau boleh nak bagi markah jugak, tapi bila dah kosong, tak tau macam mana nak bagi markah..

ainul:
mana tau kot2 lepas ni tukar fikiran nak jadi lecturer plak ke..hehe :p

ya ya..memang terasa perit jerihnya seorang guru marking paper..lama betul nak kena ngadap skrip2 tu, hingga akhirnya saya boleh hafal jawapan2 mereka.. hehe =)

c's radin said...

Nailofar amk pharmacy ke?act umur brp? nk taaruf sket.. hehe..

btw, ainul, bse lah doc n pharmacist jdi ckgu.. tgk cm dak2 mesir, kn rmi jdi tutor la.. ckgu ganti etc.. etc.. (c's is excluded k =P)

EiNS said...

eh pesal kena mark paper plak? Bahasa Arab? hehe...

NaiLoFaR said...

c's radin:
yep..sy amek farmasi..umur? ada angka dua dh kt depan tu..hehe :)

eh, ramai ek dak2 mesir jadi tutor? bagusla..tp knape c's ter'exclude'? jomla try..best! hehe :p

EiNs:
saje2 nk merasa best tak marking paper..yup, BA..nak join? meh nak pos skrip nye..

kakchik said...

wah... nuha dah jadi cikgu pula.
kakchik pernah tlg abg ipar mark paper fizik dulu... byk jawapan yang kelakar.
ada siap lukis kura-kura kat tempat jawapan, banyak ekor pulak tu.. soalannya ialah tentang kelajuan... agaknya budak tu dah tak tau jawab dan dia rasa masa lambat sangat nak tamat.
ketawa besar kakchik dengan abang ipar... hahahahaaa

NaiLoFaR said...

kakchik:
hahaha..ye la kot.. :p
tu la..mcm2 jawapan kita boleh jumpe bila marking paper nih..

teringat pulak zaman dulu2..pernah ada sorang cikgu ni bagitau, ada yang siap tulis : wahai tuan pemeriksa, kasihanilah saya..tolonglah bagi markah kepada saya walaupun sedikit..adeih~

Sarah Mohd Shukor said...

salam nuha. oo. pharma student rupanya. patut nampak link sarah fazalul rahiman kt tepi tu. berapa lama jd ustazah ganti ni? kena byk sabar la ye kalau marking form 1 punya paper. tp klu yg kelakar tu, gelak la sat kasi hilang stress wkt marking tu. huhu.

NaiLoFaR said...

Sarah Mohd Shukor:
ha'ah..pharma student..oo, kak sarah tu senior sy kat usm..kak sarah fazalul rahiman ni tersangatlah baik orangnye..*aa, lari..kak sarah jangan marah ye =)* ks ni pun baik gak kan? sama2 nama sarah.. hehe :) sbnarnye ni tolong ayah sy marking paper student dia..ha'ah, banyak dah sy gelak nih, jd best plak marking nih..xde stress2 sgt.. =)

ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam sejahtera
Jika Ukhtie menanda kertas tingkatan satu dah cukup memeningkan apatah lagi saya selama 11 tahun mengajar budak2 sklh rendah.Seorang anak murid saya- namanya "NURABIDAH ". Masa peperiksaan nama wajib tulis dlm tulisan jawi. Pelajar ni tak tahu t.jawi. Yang dia tahu t.jawi mula dari kanan ke kiri Jadi dia tulislah namanya spt ini " HADIBARUN" Puas saya cari sapa lak nama HADIBARUN ni. Macam mana kreatif tak budak tu

NaiLoFaR said...

وعليكم السلام ورحمة اللّه وبركاته

Salam sejahtera kembali..
ada jugak ya macam tu? aah, serius..kreatif la budak tu..hehe..tu la, kerja sebagai guru ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi..dan guru lah yang akan menjadi orang yang paling gembira jika anak didiknya menjadi manusia yang berguna, kan? memang mulia tugas guru nih..tahniah, kerana akh terpilih untuk memikul tugas ini..