Friday, November 28, 2008

cuti yang ada kenduri

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hari ini, saya mendapat jemputan walimah yang kedua, daripada senior saya..Nama dia Wan Nur Hafizah Wan Aziz.. InsyaAllah, walimahnya akan diadakan pada 11 Disember ini bersamaan 13 Zulhijjah (raya keempat). Pada hari yang sama juga, majlis menyambut menantu diadakan di rumahnya. Maksudnya, walimahnya akan diadakan bersama dengan majlis menyambut menantu (along)..hai, save budget..hari tasyrik pulak tu..hehe :) Kak fizah ni senior saya kat mmpp dulu. Dia exco BAKIS..sekarang dia belajar kat UIA.. Kawan saya cakap, ramai la budak2 UIA kahwin awal..Tapi, budak2 oversea pun ramai gak kahwin awal. betul tak? erk. sebab jodoh diorang dah sampai,kan?

Kad jemputan yang pertama saya terima daripada Nor Haizan bt Ghazali @ Ismail..Pada tarikh yang sama jugak..Kak je ni pun senior saya time belajar kat mmpp dulu..Dia pun pustakawati juga..Tapi, lepas PMR dia sambung belajar kat KISAS..lost contact sat..Hari tu jumpa dia balik kat Dewan Jubli Perak. Dia handle program kat situ.. wah, lama sungguh terputus hubungan ..bila dah jumpa mestila nak eratkan balik, kan? Dia cakap dulu dia matrik kulim, sekarang ambik farmasi kat ukm..eh eh, sama la..dulu saya matrik kulim jugak..sekarang pun ambik pharma jugak. Tu yang lagi erat tu.. hehe ;) Saya masih ingat lagi, masa final exam antimicrobial therapy kot, saya tanya banyak benda sangat kat dia..terutamanya drug-drug interaction, patophysiology.. sebab dr.syed suka tanya soalan2 macam tu..pastu tu dia cakap : terer la kak je pasal ubat2 nih, nuha asyik duk tanya..haha :D

Saya tanya kak je, apa warna tema majlis dia? Kak je cakap ungu..adoi~ baju ungu saya tak bawak balik. Tinggal kat penang la. Macam mana nih? Saya tanya ni sebab teringat time kak nadia hamimah a.k.a. kak ya kahwin hari tu, warna temanya adalah peach..bersemangat betul saya nak pi, sebab dah lama tak jumpa kak ya, laila dan nawal..tup tup bila sampai tarikhnya, saya tak boleh balik pulak..ada kerja kat penang..so, boleh tengok gambar je la.. isk isk :(

p/s : harap harapnya 11/12 tu tak hujan. Sebab sekarang musim hujan..nanti jadi pengantin hujan pulak.. :) air sungai golok pun dah naik ni..haiz~

***********************
tadi masa bukak fs jap, check friend update..wah! nadiah suhane sudah kahwin., mabruk! :) moga bahagia hingga akhir hayat! nadiah ni second year student pharma UIA kalau tak silap..saya respect la kepada sesiapa yang kahwin time belajar..sebab kahwin masa belajar perlukan komitmen yang tinggi.. kan kan?

9 comments:

nurulsyuhaida :) said...

yaya benar skali..sgt susah kawen tyme belajar..congrats jugak buat aous yg bakal kahwin esok :)))..
kak nuha bila lg?? :-P

izzahsakinah said...

stuju2
respeklah yg kawen ms blaja lg
byk tu pngorbanan

aah, knuha bila pulak? =p

safi said...

ramai kan budak uia kahwin awal. classmate sy bulan 7 lepas, kak naqibah saya 7.12 ni, classmate k.nadiah suhane-budak pharmacy, saya..solo lagi..hehe

kakchik said...

banyak juga kenduri kahwin yg nuha kena hadir ya. kakchik punya yg masih berbaki semua lepas raya.
kahwin masa belajar ada baik ada buruknya.
ada kwn kahwin utk elakkan maksiat dan tenangkan diri.
sebab tau-tau ajelah bila dah ada buah hati, kita pula sihat walafiat, syaitan suka sangat ganggu. baiklah kahwin aje. masuk tahun akhir dah ada anak sorang.

NaiLoFaR said...

nurulsyuhaida :) :
esok eh? nanti sampaikan salam congrats knuha kat aous ya! knuha xleh nk p, ummi xbagi.. jauh + hujan..erm..knuha lepas blajar kot.. erk. :p

izzahsakinah:
ya betul2..perlukan pengorbanan yang banyak..insyaAllah, bila tiba masanya nanti..hehe =)

safi:
tu la..saya pun perasan jugak ramai budak UIA kahwin awal..xlama lagi berjangkit kt awak plak.. =p

kakchik:
setakat ni, dua kenduri pada hari yang sama..hehe :) ha, betul tu kakchik..kahwin awal boleh elak maksiat..(ni bagi yang dah ada calon la, kan? ) yang xde calon lagi, timba ilmu banyak2 lagi.. (",)

FadHiLaH_ said...

yea... i noe. salalu je typo. then masuk website tu. i think they purposely choose that domain. jahat kan. btw.. akak tak bole nak update both blogspot and flickr. pc kene virus

http://www.flickr.com/photos/fadhilah/

NaiLoFaR said...

hurm..tu la..terkejut gak masa bukak blog akak melalui link tuh..haih~

okai, nanti sy ke sana :p

UST. JUHARI NOOR @ ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam Persahabatan & Salam 'aidil adha
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat
>>> info terkini dari Us. Juhari Noor -
lirik serta lafaz takbir raya
Sekian, terima kasih

NaiLoFaR said...

وعليكم السلام ورحمة اللّه وبركاته ورضوانه

salam perkenalan & salam 'idul adha jugak..trima kasih sudi ke sini..

>>insyaAllah, sy akan ke sana..terima kasih atas info nya..