Monday, July 27, 2009

tempayan retak

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Ada satu cerita nak kongsi.. :)

------------------------
Seorang tukang pembawa air memiliki dua tempayan besar; masing-masing tergantung pada kedua hujung belah pikulan, yang dibawanya menyilang pada bahunya.

Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang pembawa air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja si tempayan yang tidak retak berasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih kerana hanya dapat memberikan setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikan.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit itu, tempayan retak itu berkata kepada si tukang pembawa air, "Saya sungguh malu pada diri sendiri, dan saya ingin memohon maaf kepadamu".

"kenapa?," tanya si tukang pembawa air.
"kenapa kamu berasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah paras air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang pembawa air merasa kasihan kepada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun di akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan ia kembali meminta maaf kepada si tukang pembawa air atas kegagalannya.

Si tukang pembawa air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya."

"Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan d sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang".

sumber : di sini

------------------------
Setiap daripada kita memiliki cacat dan kekurangan sendiri. Kita semua adalah tempayan yang retak. Allah MAha Bijaksana, tidak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu, kenalilah kelemahanmu dan ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita membina kekuatan kita..

Yosh!!

3 comments:

izzahsakinah said...

aturan DIA comey. takde cacat, inshaAllah =D


kaknuha, nak amik bunga bleh? comey la. hehe. nnt edit, letak kat fp deh ;)

nuha said...

:) :)

sila2.. ni pun knuha mintak tolong daripada pakcik google la, nadiah.. lupa nak letak 'sumber' tadi.. :P

ijad said...

air tempayan lebih sejuk dari biasa...