Sunday, March 8, 2009

12 Rabi'ul Awal




---------------------------------------

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.

Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

------------------------------------

Tuesday, March 3, 2009

tag ke-4

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Tadi baru lepas kuiz 'drug abuse and society'.. Setelah 3 kali tarikh kuiz ditunda, akhirnya tarikh hari ini berjaya dipilih.. Dan soalannya, memerlukan kami untuk berfikir sedikit kritis dan kreatif. hoho~ masa diberi : 1 jam setengah..

Dan hari ni juga, di sini, saya mahu melangsaikan satu hutang yang sudah agak lama. Hutang tag, oleh imad. Maaf ye, sebab lambat membayar. soalan kali ni, hampir sama dengan yang di 'sana'. So, saya copy je la sikit-sikit jawapan dari 'sana'. hehe. Satu lagi.. Tag ni saya jawab dalam BM je, boleh?

Ok, here it goes..
Here are the rules:
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger
7 facts about myself:

1) Seorang pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia. (punya la skema ayat ni.. hehe)

2) Pernah menyukai banyak warna.. daripada warna pink (sekolah rendah) sehinggalah ke warna oren.

3) Bercita-cita mahu membeli buku-buku karya Hlovate dan Andrea Hirata.. (tapi kak sarah cakap tak payahla, boleh pinjam dia punya.. okai!)

4) Bila rasa resah gelisah, saya suka tengok langit yang luas. tenang. mendamaikan. Kadang-kadang suka jugak pergi ke pantai, tengok laut.. tapi kat sini macam susah je nak ke pantai..

5) Bercita-cita mahu ke sana, bersama ummi dan abi.. insyaAllah..

6) Saya sangatlah kagum pada orang yang hafal 30 juzuk al-Quran. wajah mereka berseri-seri dan bercahaya.. *teringat kat mizah*

7) Suka membaca kisah dan perjalanan hidup orang lain melalui blog. sebab tu lah, wujudnya satu lagi 'rumah'.. hehe.. =)

6 Unspectacular quirks:
nota : Yang ni saya mahu ubah soalan kepada 2 unspectacular quirks, boleh?.. tak tahu nak jawab ape, puas berfikir.. idea tak keluar jugak..hehe..
1) Juga seorang yang tak suka makan sayur (kalau ada orang yang allergic sayur, saya la kot).. banyak kali dah kena suruh, tapi masih tak reti dan tak boleh makan.. kecuali, kalau ummi buat 'sayur air', boleh je saya makan.. ish~

2) Dulu, seorang yang agak pendiam.. hanya bercakap bila kerajinan untuk bercakap datang.. tapi sekarang, saya rasa (baca : kot) saya agak 'rajin' sikit untuk bercakap terutama bila saya dah kenal dengan orang tu..

Tag 7 People:

1- Fathien -- boleh buat time bosan buat esaimen.. ^_^

2- Nadiah -- kena lagi.. hehe.. but, this tag is postponed to this school holiday, ya.. ;)

3-7 - Sesiapa yang mahu mengisi kekosongan untuk yang selebihnya ni, saya persilakan dengan gembiranya!.

Ok, dah siap!
I’m now entering ‘hadiah’ mode again.. :)

Monday, February 9, 2009

lobak, telur dan kopi

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Setelah sekian lama blog ini saya biarkan bersawang, akhirnya dapat juga saya kemas rumah ini dengan membawa satu lagi kisah teladan..jom, layaan..hehe :)

*************************

Sukarkah hidup?

Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapiya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah ke dalam periuk pertama, telur ke dalam periuk kedua, dan serbuk kopi ke dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan meletakkannya ke dalam mangkuk, mengangkat telur dan memasukkannya ke dalam mangkuk yang lain serta menuang kopi ke dalm mangkuk yang lain.

Lalu dia bertanya kepada si anak, "Apa yang kau lihat, nak?".
"Lobak, telur dan kopi," jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur tu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras. Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya,"Apa erti semua ini, ayah?"

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesukaran yang sama, direbus di dalam air yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak.. sebelum direbus, kuat, keras dan sukar dipatahkan tetapi setelah direbus menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula, sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan, tetapi setelah direbus isinya menjadi keras. Kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"kamu termasuk di dalam golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau hadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur ataupun kopi?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita?

Adakah kita seperti lobak yang pada awalnya keras, tetapi apabila musibah melanda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan? Ataupun..Apakah kita yang pada awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis, namun setelah adanya kesukaran akhirnya menjadi keras dan kaku?

Atau, adakah kita seperti serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas , sesuatu yang menimbulkan kesakitan untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius kerana pada suhu ini, kopi akan terasa semakin nikmat.

Nota untuk diri --> jom usaha! .. :)

Wednesday, December 24, 2008

cawan yang cantik :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "kau betul, inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat," ujar datuk.

Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yg dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. Namun, suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. "Stop!Stop!" aku berteriak. tetapi orang itu berkata, “Belum!”. Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

"Stop!Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api.

"Panas!Panas!" teriakku dengan kuat. 'Stop!Cukup!' teriakku lagi. Tetapi orang ini berkata "Belum". Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sejuk. aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop!Stop!", aku berteriak. Wanita itu berkata, "Belum!". lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ida memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas daripada sebelumnya. "Tolong, hentikan penyiksaan ini!," sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala ku lihat diriku.

Wednesday, December 17, 2008

bonda

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bonda. ibu. emak. ummi. mama. mak. mek. semuanya memberikan maksud yang sama. itulah antara panggilan yang biasa diberikan kepada seorang insan yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. terlalu banyak jasanya kepada kita.

sedang saya asyik mengemaskinikan kotak e-mail tadi, saya terjumpa lirik lagu ini. dulu, lagu ini selalu dimainkan ketika program motivasi di sekolah saya. time tu rasa teramat sayu, bila kita betul-betul menghayati setiap patah perkataan yang digunakan dalam lagu ini. sungguh menusuk kalbu. siapa suka lagu ini, angkat tangan!
^_^


Judul : Jasa Bonda
Munsyid : Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda