Wednesday, December 24, 2008

cawan yang cantik :)

Bismillaahirrahmaanirrahiim..


Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "kau betul, inilah cangkir tercantik yg pernah aku lihat," ujar datuk.

Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yg dimaksudkan berbicara:-
terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yg dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yg tidak berguna. Namun, suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. "Stop!Stop!" aku berteriak. tetapi orang itu berkata, “Belum!”. Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.

"Stop!Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api.

"Panas!Panas!" teriakku dengan kuat. 'Stop!Cukup!' teriakku lagi. Tetapi orang ini berkata "Belum". Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sejuk. aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop!Stop!", aku berteriak. Wanita itu berkata, "Belum!". lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ida memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas daripada sebelumnya. "Tolong, hentikan penyiksaan ini!," sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. setelah puas 'menyiksaku' kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yg lalu menjadi sirna tatkala ku lihat diriku.

5 comments:

nurul said...

salam..

cawan yg cantik?
boleh diibaratkan dgn khdupan kita kan..
manusia perlu mnghadapi sgla jnis ujian dn perlu mengorbankan sgala2nya utk mndptkn yg trbaik..
mcm cwn tu..prlu sakit2 dulu,barulah dpt bntuk y g cntik!!

NaiLoFaR said...

w'salam..

ha'ah.
itulah maksud tersiratnya..
pandai kamu teka! =)

Ibnurashidi said...

salam ziarah..

ya pelbagai jenis itu tandanya pelbagai sikap dan aneka ragamnya..

apa kaba?

kalau ada masa silakanlah ke blog saya..nak link juga boleh.

Zil-el-Saif said...

lirik sebuah nasyid:

Kesenangan yang datang
tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam adanya siang
begitulah waktu senang jangan lupa daratan

NaiLoFaR said...

ibnurashidi:
terima kasih sudi ziarah..
betul jugak tu..manusia ini bervariasi, kan?

alhamdulillah, baik..

sudah di'add' link ke sana..saya suka menjadi 'stalker' yang baik baik di sana..tapi jarang meninggalkan komen..

Zil-el-Saif:
susah dan senang..
senang dan susah..
..supaya kita jangan pernah melupakanNya..