Wednesday, December 17, 2008

bonda

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

bonda. ibu. emak. ummi. mama. mak. mek. semuanya memberikan maksud yang sama. itulah antara panggilan yang biasa diberikan kepada seorang insan yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. terlalu banyak jasanya kepada kita.

sedang saya asyik mengemaskinikan kotak e-mail tadi, saya terjumpa lirik lagu ini. dulu, lagu ini selalu dimainkan ketika program motivasi di sekolah saya. time tu rasa teramat sayu, bila kita betul-betul menghayati setiap patah perkataan yang digunakan dalam lagu ini. sungguh menusuk kalbu. siapa suka lagu ini, angkat tangan!
^_^


Judul : Jasa Bonda
Munsyid : Warisan


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

7 comments:

izzahsakinah™ said...

knuha
kt kan, mesti bertakung mata kalo dgr lagu nih saat2 teringt kampung halaman~
T-T

kakchik said...

ibu kita tiada tandingan di dunia ini.

NaiLoFaR said...

izzahsakinah:
itu maknanya ummuki ada tempat khas di hati nadiah..hehe :p

kakchik :
betul3..
tiada siapa pun dapat menggantikannya.

::bLusTer4:: said...

ore pn ske gop lagu nih..sedey hu~ kt skolh dlu msti nangis bl dngr lagu ni hukhuk~

NaiLoFaR said...

wah, wani pun mesti sayang yang amat pada mama wani..kan kan? :)

K.LeQ said...

akak suka lagu ni!
erm selamat menjadi ibu kpd bakal2 ibu. hehe~

NaiLoFaR said...

sy pun suka! :)
erk, hehe. insyaAllah..
K.LeQ jugak ye! \(^_^)/

p/s: nanti bila buat kad, jgn lupe ajak sy sekali! =)