Saturday, December 5, 2009

hanya segelas susu


Suatu hari, seorang anak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan dari pintu ke pintu, menemukan bahawa di kantongnya hanya tersisa beberapa sen uangnya, dan dia sangat lapar.

Anak lelaki tersebuat memutuskan untuk meminta makanan dari rumah yang berikutnya akan tetapi dia hilang keberaniannya saat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, dia hanya berani meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan berfikir bahawa anak lelaki tersebut pastinya lapar. Oleh kerana itu dia membawakan segelas besar susu.

Anak lelaki itu minum dengan lambat, kemudian bertanya, "berapa saya harus bayar untuk segelas besar susu ini?". Wanita itu menjawab, "kamu tidak perlu membayar apa-apa". "Ibu kami mengajarkan untuk tidak menerima bayaran untuk kebaikan," wanita itu menambah.

Anak lelaki itu itu kemudiannya menghabiskan susu itu dan berkata, " dari dalam hatiku aku berterima kasih kepada anda".

Bertahun-tahun kemudian, wanita muda tersebut mengalami sakit yang sangat kritis. Para doktor di kota itu sudah tidak sanggup menanganinya. Mereka akhirnya mengirim wanita itu ke kota besar, di mana terdapat doktor pakar yang mampu menangani penyakit serius tersebut.

Dr.Ahmad dipanggil untuk melakukan pemeriksaan. Pada saat dia mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbersit seberkas pancaran pada mata Dr. Ahmad. Segera dia bangkit dan bergegas turun melalui wad hospital menuju ke bilik wanita tersebut. Dengan berpakaian jubah kedoktoran, dia menemui wanita tersebut.

Dia langsung mengenali wanita itu pada sekali pandang sahaja. Dia kemudiannya kembali ke ruang pejabatnya dan memutuskan untuk melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk membantu wanita itu. Mulai hari itu, dia selalu memberikan perhatian yang khusus kepada wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya kemenangan diperoleh.. wanita itu alhamdulillah, sembuh dengan izin Allah. Dr. Ahmad meminta bahagian kewangan hospital untuk menghantar seluruh bil rawatan wanita tersebut kepadanya. Setelah melihatnya, dia menulis sesuatu pada bil itu, dan kemudiannya mengirimkan ke bilik pesakit.

Wanita itu takut untuk membuka bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa dia tidak akan mampu membayar kos tersebut walaupun harus diansurankan seumur hidupnya. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk membuka dan membacanya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Pada kertas itu, dia telah membaca tulisan yang berbunyi : telah dibayar selesai dengan segelas besar susu!!. Tertanda, Dr. Ahmad Ismail.

Airmata kebahagiaan membanjiri matanya dan dia berdoa:
"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih bahawa cintaMu telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia."

gambar : sini

1 comment:

Anonymous said...

Maha suci ALLAH..Setiap kebaikan pasti mendapat ganjaran....